PENDIDIKAN
ISLAM
TAHUN 2
ASAS ULUM SYAR'IYAH
Oleh Norhafizah MS
email: afizah72@gmail.com
 
Rancangan Pengajaran
Tutorial 1
Tutorial 2
Latihan 1
Latihan 2
Latihan 3
ab

PELAJARAN

PENDIDIKAN ISLAM

TEMA

Sifat-sifat Allah

TAJUK

Allah Bersifat Qidam

KONSEP

Profil panjang / profil rentas

HASIL PEMBELAJARAN

Murid dapat memahami dan menyatakan bahawa :

  1. Allah bersifat Qidam iaitu Sedia Ada
  2. Allah sedia ada dan bukan yang baru
  3. Manusia tidak sama dengan sifat Allah

PENDEKATAN/TEKNIK

Pembelajaran Masteri/Perbincangan


PENERAPAN NILAI MURNI

Mencintai Allah dan bersyukur kerana kita diberikan darjat kemuliaan sebagai makhluk Allah yang amat mulia.


BBB

Buku teks, internet dan soalan kuiz tentang sifat-sifat Allah.


PERKEMBANGAN

AKTIVITI GURU

1. Guru menunjukkan beberapa gambar tentang bukti Allah bersifat Qidam.

2. Guru mengarah pelajar untuk masuk kumpulan (setiap kumpulan empat orang) dan memberi tugasan untuk mengumpul maklumat tentang Allah bersifat Qidam .

3. Guru membimbing pelajar mentafsir maklumat  dan membuat rumusan pelajaran hari ini.
4.   Guru mengedarkan lembaran kerja latihan kepada pelajar.

5.Guru berbincang dengan pelajar menyemak lembaran kerja latihan dalam bentuk perbincangan .

AKTIVITI PELAJAR

Pelajar mencatat isi-isi penting.
1.Isi Bahawa Bukti Allah bersifat Qidam beserta Dalilnya.  
2. Pelajar masuk kumpulan dan membuat tugasan dengan mendapatkan maklumat daripada media yang dicadangkan oleh guru.
 
3. Ketua kumpulan tampil ke hadapan kelas dan membentangkan hasil dapatan kumpulan masing-masing.
 
4. Pelajar mencatat isi-isi penting rumusan  guru tentang pelajaran hari ini.
 
5. Pelajar melengkapkan lembaran kerja latihan yang diberikan oleh guru.

PENILAIAN

Pada akhir p& p, 100 % pelajar dalam kelas dapat mencapai hasil pembelajaran  hari ini.

n oleh gur

KESIMPULAN


Semua pelajar dapat bekerjasama untuk  membuat tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru dan memahami dan menerapkan dalam diri Bahawa keimanan dan ketakwaan kepada Allah yang bersifat Qidam.



 
Copyright ©2008 BTPN SABAH
All rights reserved. No part of this web site may be reproduced or transmitted in any form
or by any means electronic, mechanical, recording, or otherwise, without the prior
written permission of LamanWeb BTPN SABAH

Fax : 088-710481