GEOGRAFI
Tingkatan 1
BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA
By : Clarice Mumpin
SM St Michael, Penampang SABAH >clarice@yahoo.com > Update : 19.07.2007
PROTEKMEDIA BTPN SABAH
   

SUBJEK : GEOGRAFI

KELAS :1 AMANAH

TARIKH:19.7.2007 (KHAMIS)

MASA : 7.40-8.15

TEMA

BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA

TAJUK

SALIRAN

KONSEP

Profil panjang/profil rentas

HASIL PEMBELAJARAN

Memahami profil sungai dengan

  1. menyenaraikan jenis-jenis saliran
  2. menamakan sungai dan tasik negara Malaysia di atas peta
  3. melukis dan melabel bentuk muka bumi profil panjang sungai
  4. menghubungkaitkan bentuk muka bumi sepanjang aliran sungai dengan profil panjang dan profil rentas sungai

PENDEKATAN/TEKNIK

Pembelajaran Masteri/Perbincangan

PENERAPAN

Mencintai Negara Malaysia- bersyukur kerana Negara Malaysia mempunyai banyak sungai tasik dan air terjun yang unik.

BBB

Buku teks, internet, power point presentation tentang saliran

PERKEMBANGAN

AKTIVITI GURU

1. Guru menunjukkan beberapa gambar bentuk muka bumi yang berkenaan dengan saliran  daripada gambar-gambar internet.

2. Guru mengarah pelajar untuk masuk kumpulan (setiap kumpulan empat orang) dan memberi tugasan untuk mengumpul maklumat tentang sungai berpandukan pelbagai media seperti carta dan internet. (Rujuk tajuk tugasan dengan melihat hasil pembelajaran a-d)

3. Guru  membimbing wakil ketua pelajar mempersembahkan maklumat dalam bentuk power point.

4. Guru membimbing pelajar mentafsir maklumat  dan membuat rumusan pelajaran hari ini.

5.   Guru mengedarkan lembaran kerja kepada pelajar.

AKTIVITI PELAJAR

 

1. Pelajar mencatat isi-isi penting.

 

2. Pelajar masuk kumpulan dan membuat tugasan dengan mendapatkan maklumat daripada media yang dicadangkan oleh guru.

 

3. Ketua kumpulan tampil ke hadapan kelas dan membentangkan hasil dapatan kumpulan masing-masing.

 

4. Pelajar mencatat isi-isi penting rumusan  guru tentang pelajaran hari ini.

 

5. Pelajar melengkapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.

PENILAIAN

Pada akhir p& p, 100 % pelajar dalam kelas dapat mencapai hasil pembelajaran  hari ini.

KESIMPULAN

Semua pelajar dapat bekerjasama untuk  membuat tugasan kumpulan yang diberikan oleh guru dan memahami profil  sungai.

TUGASAN

Mencari maklumat lanjut tentang saliran di internet. Lembaran kerja perlu dilengkapkan dan dihantar pada 19.7.2007. (Lihat lampiran)

REFLEKSI

 

 

CATATAN

 

 


Copyright ©2007 Protekmedia BTPN Sabah
All rights reserved. No part of this web site may be reproduced or transmitted in any form
or by any means electronic, mechanical, recording, or otherwise, without the prior
written permission of Protekmedia BTPN Sabah.