BAHASA MELAYU |
TATABAHASA : PENJODOH BILANGAN ( TAHUN 2 ) |
![]() |
By : Borinus Tingas |
SK Putaton Inobong, Penampang SABAH >borinus@yahoo.com > Update : 19.07.2007 |
PROTEKMEDIA BTPN SABAH |
| Tarikh | |
| Masa | 30 minit |
| Kelas | Tahun 2 Cerdik |
| Bilangan Murid | 36 orang |
| Tema Pelajaran / Topik | Tatabahasa : Penjodoh Bilangan |
| Objektif Pelajaran | Di akhir pengajaran pelajar dapat menggunakan Penjodoh Bilangan dengan betul.
ii. Dapat menggunakan persembahan slaid dalam kaedah belajar sendiri. |
| Pengetahuan Sedia ada | Pelajar biasa dengar dengan perkataan seekor, sebiji dan sebagainya dalam perbualan seharian mereka. |
| Hasil Pembelajaran | Fungsi Utama
2.1 Aras 1(i) Berbual tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul. Fungsi Sampingan 6.1 Aras 3(i) Merujuk pelbagai sumber untuk mencari maklumat berkaitan tajuk yang dibincangkan. |
| Persediaan Guru | 1. Menyenaraikan bunyi serta set slaid berkenaan dengan tajuk 2. Persediaan alatan tayang LCD Projektor. 3. Menyediakan senarai laman web yang berkaitan. 4. Menyediakan permainan bahasa / kuiz 5. Menyediakan latihan. |
| Persediaan TMK | 1. Menyediakan dokumen-dokumen MS Word dan MS Power Point untuk digunakan dalam demonstrasi.
2. Menyediakan satu set slaid. 3. Menyediakan senarai laman web yang berkaitan. |
| Keperluan Khas | 1. Projektor LCD
2. Komputer 3. Talian Internet. |
| Penerapan TMK | 1. Pelajar dapat pengetahuan tentang persembahan MS Power Point, MS Word dan Internet.
2. Pengintegrasian menggunakan komunikasi elektronik melalui talian Internet. |
| Aktiviti Pelajaran | 1. Sebagai Set Induksi guru memperdengarkan bunyi kepada murid-murid. 2. Membincangkan gambar yang dipamerkan dalam MS Power Point. 3. Melayari Internet. 4. Melengkapkan ayat menggunakan Penjodoh Bilangan yang sesuai. 5. Permainan Bahasa / kuiz. 6. Latihan |
| Aktivti Guru | 1. Guru memperdengarkan bunyi dan bersoal jawab dengan murid. 2. Bersoal jawab mengenai gambar yang dipamerkan dan kaitkan penggunakan penjodoh bilangan. 3. Melayari Internet sambil membantu mereka melayari dengan betul. 4. Menyediakan aktiviti permainan bahasa. 5. Menyediakan latihan. |
| Aktiviti Pelajar | 1. Pelajar berbincang dengan guru tentang perkara yang berkaitan dengan pelajaran. 2. Melayari Internet. 3. Ambil bahagian dalam permainan bahasa. 4. Pelajar menjawab soalan / kuiz dalam bentuk MS Power Point dan lembaran kerja. |
| Penerapan Nilai Murni | Sikap sabar, bekerjsama, rajin |
| KBKK | Membuat andaian Meramal Memerhati |
| Bahan Rujukan TMK | 1. Slaid persembahan
2. Internet |
| Bahan Rujukan Bukan TMK | Buku teks pelajaran
Gambar Latihan |
| Refleksi | Menjawab soalan kuiz
Menjawab latihan |
Copyright ©2007 Protekmedia BTPN Sabah All rights reserved. No part of this web site may be reproduced or transmitted in any form or by any means electronic, mechanical, recording, or otherwise, without the prior written permission of Protekmedia BTPN Sabah. |