KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
(Ekonomi Rumahtangga)
Elektronik - Alatan Tangan
TINGKATAN 2
SMJK Tiong Hua
Oleh : Chong Chian Yee
RANCANGAN PENGAJARAN | ALATAN TANGAN | KELENGKAPAN PEMATERIAN | LATIHAN 1 | LATIHAN 2 |

KELENGKAPAN PEMATERIAN
BAHAN PATERI

1.Sejenis bahan aloi campuran timah dan plumbum.
2.Mencantumkan hujung wayar dan kaki komponen pada bod litar.
3.Sesetengahnya  mengandungi fluks untuk:
a) membersihkan bahagian pateri.
b) mengalirkan bahan pateri yang lebur
c) mencegah lapisan oksida
SPAN

1.Digunakan untuk membersihkan bit daripada bahan pateri yang berlebihan.
2.Perlu dilembapkan dengan air sebelum digunakan.
KERTAS LAS
1.Untuk membersihkan hujung bit daripada oksida dan bahan pateri yang berlebihan sebelum kerja memateri dijalankan.
PEMEGANG ALAT PEMATERI 1.Meletakkan alat pemateri ketika digunakan.
2.Meletakkan alat pemateri sehingga sejuk sebelum disimpan.
PEMEGANG BOD LITAR
1.Digunakan untuk memegang bod litar semasa proses memateri.
2.Bod litar disepit pada pemegang dengan kemas.
Copyright ©2008 BTPN SABAH
All rights reserved. No part of this web site may be reproduced or transmitted in any form
or by any means electronic, mechanical, recording, or otherwise, without the prior
written permission of LamanWeb BTPN SABAH

Fax : 088-710481