PENDIDIKAN ISLAM
IBADAH - ZAKAT FITRAH
Tingkatan 2
KBSM
 
Oleh : Abd Rasyid bin Salleh
SMK SANDAKAN
Email : arskedah@yahoo.com
RANCANGAN PENGAJARAN | BAHAN 1 | BAHAN 2 | BAHAN 3 | LATIHAN 1| LATIHAN 2 |

Tingkatan

2

Masa

2 waktu

Bidang

Ibadah

Topik

Zakat Fitrah

Fokus

1. Prinsip Islam Hadhari

  1. Keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
  2. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif

2. Pengetahuan
     - Dapat menerangkan maksud zakat fitrah
3. Amalan
     - Memberi sedeqah kepada mereka yang memerlukan
4. Penghayatan
     - Menghulurkan derma apabila dipohon
5. Pembudayaan
     - Mengeluarkan zakat fitrah dan sedeqah menjelang Aidilfitri
     - Suka membantu orang dalam kesusahan

Hasil Pengajaran & Pembelajaran

Aras 1

  1. Menerangkan pengertian zakat fitrah dari segi bahasa dan istilah
  2. Menjelaskan hukum,dalil,dan tanggungjawab kewajipan mengeluarkan zakat
  3. Menerangkan waktu mengeluarkan zakat fitrah
  4. Menyenaraikan golongan yang berhak menerima zakat fitrah

Aras 2

  1. Menyatakan contoh makanan asasi digunakan untuk mengeluarkan zakat fitrah
  2. Menjelaskan perbezaan antara zakat fitrah dan sedeqah
  3. Menerangkan impak zakat fitrah terhadap pembersihan diri dan semangat kurban
  4. Menerangkan hikmah zakat fitrah

Aras 3

  1. Menjelaskan peranan zakat fitrah ke arah kesejahteraan masyarakat untuk menjana tuntutan fardu Kifayah
  2. Mengenalpasti orang yang tidak mengeluarkan zakat fitrah
  3. Menyatakan dalil naqli mengeluarkan zakat fitrah
  4. Mengemukakan cadangan yang boleh digunakan oleh kerajaan supaya umat Islam tidak mengabaikan zakat

Aktiviti

  1. Murid dikehendaki membaca pengertian dalam buku teks dan menerangkan huraian
  2. Guru menjelaskan hukum dan dalil mengeluarkan zakat fitrah
  3. Murid diberi kertas edaran dan berbincang dalam kumpulan tentang syarat wajib mengeluarkan zakat fitrah
  4. Murid berbincang mengenai tajuk waktu mengeluarkan zakat fitrah
  5. Guru membuat beberapa soalan kuiz berpandukan waktu tersebut
  6. Guru menjelaskan jawapan murid yang kabur
  7. Guru perlu menekankan pada lafaz akad memberi dan menerima zakat fitrah
  8. Simulasi : Cara mengeluarkan zakat fitrah di antara amil dan pemberi zakat
  9. Murid membuat sumbangsaran mengenai impak zakat fitrah dan       mencatat dalam buku nota

Nilai

Memberi derma untuk Tabung Masjid setiap kali Solat Jumaat

Refleksi


Copyright ©2008 BTPN SABAH
All rights reserved. No part of this web site may be reproduced or transmitted in any form
or by any means electronic, mechanical, recording, or otherwise, without the prior
written permission of LamanWeb BTPN SABAH

Fax : 088-710481