ORGANISASI
PENGARAH BTP

TUAN HJ.MOHD.ADENAN BIN DERAMAN
KETUA PENOLONG PENGARAH

PN HAJAH JARAH ABDULLAH GAD
PENOLONG PENGARAH
Unit Media & Galakguna

SALIUDIN HAJI SALLEH
PEGAWAI TEKNOLOGI PENDIDIKAN |
|
AWANG MATASAN AWANG MAMUT
|
|
|
|
|
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga BTP dengan penuh tekad dan iltizam, berjanji menyempurnakan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada kami untuk :
1. menghasilkan bahan pendidikan dalam pelbagai media yang bermutu tinggi secara berterusan bagi meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
2. menyebarkan maklumat pendidikan yang terkini melalui siaran pendidikan mengikut jadual yang ditetapkan.
3. memperkasakan sekolah bestari dengan memberi bimbingan, bantuan dan penyelesaian masalah sepanjang masa.
4. membudayakan tabiat membaca di sekolah sepanjang masa.
5. memberi perkhidmatan kepakaran dalam bidang teknologi pendidikan dari semasa ke semasa.
6. memberi layanan mesra, perkhidmatan yang cekap dan memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa.
|
VISI
Wujudnya budaya
penggunaan media dan teknologi pendidikan di setiap sekolah.
MISI
Membina dan menggalakkan
budaya penggunaan media dan teknologi pendidikan secara kreatif di
kalangan guru dan pelajar di setiap sekolah bagi mempertingkatkan
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
SLOGAN Q
Teknologi Untuk
Pendidikan Bestari
FUNGSI
Bertanggungjawab:
- Melaksanakan pemantauan dan khidmat bantu yang berkesan bagi membudayakan penggunaan teknologi pendidikan dan media di sekolah.
- Memberi khidmat bantu penggunaan bahan pelbagai media.
- Memantau penggunaan bahan pelbagai media dalam P&P di sekolah.
- Membuat pelaporan BTPN.
- Menerbit Buletin LITaR
- Melaksanakan kursus dan bengkel pembinaan bahan P&P berasaskan ICT ( PROTEKMEDIA).
- Membuat Perisian Kursus Pendidikan CDRI untuk tujuan P&P.
- Membuat rekaletak grafik.
PROGRAM PERLAKSANAAN SAGA ( Smart Action Golden Achievement ) JPN Sabah yang berteraskan PIPP telah disokong oleh BTPN Sabah serta memfokus kepada membestarikan P&P, lalu Program Galakguna Bahan Teknologi Pendidikan dan Media [ PROTEKMEDIA] telah berperanan untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia keseluruhannya.
Penghasilan Bahan Bantu Mengajar (BBM) :
BAHAN P&P Multimedia di Laman Web (contoh) > Mathematics Educational Board's | Pend. Islam Tahun 3
BAHAN P&P Multimedia CDRI
BAHAN CETAKAN > Buku Kadazan | Buletin | Grafik | Imejan
|
| |
| Perkakasan & Fizikal |
|
| Tenaga & Modal Insan |
|
Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan. Petikan daripada: http://www.abdulkuddus.blogspot.com/
|
Teknologi secara amnya telah wujud sejak dulu lagi ketika penggunaaan kertas dan pen serta beberapa bahan alat-alat yang wujud sebelum datangnya era teknologi yang penuh digital iaitu teknologi komputer, kalkulator, telefon bimbit dan sebagainya, walaupun pada hakikat saya pun memikirkan bahawa teknologi hanyalah bermula apabila manusia mula mencipta komputer tetapi telah bermula sejak sekian lama.
Sebenarnya skop teknologi amatlah luas peranannya sebagaimana ia telah banyak membantu tamadun manusia berkembang dengan pesat apabila bermula era perkomputerna di era 90an, dan semakin bertambah bilangannya apabila ternyata ia banyak menyelenggarakan gerak kerja dengan pantas dan mudah. Maka dengan itu, kerajaan telah mengambil satu langkah drastik dengan membentuk satu kerajaan yang sistematik dan teratur yang digelar e-kerajaan sebagai langkah mentadbir dan mengurus segala perancangan dan pemerintahan dengan lebih telus dan berkesan.
Teknologi pada asasnya merangkumi pelbagai aspek iaitu yang pertama Teknologi sebagai Objek yang terdiri daripada mesin-mesin elektronik dan alat-alat, senjata dan seumpama. Alat-alat ini sebenarnya melibatkan penggunaan tenaga manusia bersama mesin-mesin untuk menghasilkan sesuatu bahan. Kemudian kita beralih kepada Teknologi sebagai Pengetahuan iaitu bagaimana teknologi inovasi ini dapat menyampaikan maklumat menerusi internet dan mudah didapati kepada mereka yang memerlukan kepadanya. Seterusnya Teknologi sebagai Aktiviti, iaitu manusia menggunakan teknologi untuk melakukan kerja dengan lebih teratur dan kemas, meningkatkan lagi kemahiran yang ada ke tahap yang lebih baik dan berkualiti serta digunakan sebagai persidangan untuk forum-forum yang membincangkan seseuatu hal melibatkan pihak-pihak yang jauh dan sukar ditemukan pada suatu tempat tetapi mampu menghasilkan penghasilan gerak kerja yang berkualiti. Kemudian Teknologi juga sebagai Proses iaitu menjadi satu daya keperluan dan kemudiannya diakhirinya dengan penyelesaian. Justeru itu, Teknologi bertindak sebagai Sistem Manusia (Sosiatechnical) iaitu gabungan objek lain dengan manusia contohnya pembelajaran jarak jauh (PJJ) menerusi internet dengan lebih mudah dan menjimatkan.
Pada sudut yang lain pula, penyesuaian kepada perubahan persekitaran di tempat mengajar adalah titik tolak kejayaan untuk mendidik pelajar dengan lebih berkesan. Ia sebenarnya adalah hasil dari guru yang 'transform" diri mereka bukan dari segi zahir tetapi mental untuk merubah sesuatu keadaan yang sebelumnya amat berbeza dengan situasi tersebut namun akhirnya dapat diatasi apabila guru berjaya merubah gaya penyampaian yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam dan luar sekolah kepada para pelajar.
|
| |
|
|