PERKAKASAN
KOMPUTER
Hak
cipta terpelihara
SMTT 2001. |
Tetikus
[Tetikus
beroda] [Tetikus
Peluncur Internet]
 |
Ketika ini pelbagai bentuk
perisian aplikasi, permainan berkomputer dan peluncur internet yang berpusatkan
kepada peluncur peribadi. Ianya boleh dikendalikan dengan pelbagai jenis
peranti input atau alat kawalan yang terdapat di pasaran. Salah satu peranti
input yang paling popular ketika ini ialah tetikus (mouse) dimana jenis-jenisnya
adalah pelbagai dan lebih dikenali dengan nama-nama khas seperti Mouseman,
Surfman,
Trackman
dan sebagainya. |
Hampir kesemua peranti input
tersebut dilengkapi dengan bebutang selain memiliki berbagai ciri-ciri
terkini seperti bebutang berbentuk roda serta bebola trek. Disamping itu
terdapat juga tetikus yang dilengkapi dengan teknologi pengawalan terbaru
dan tidak memerlukan wayar atau kabel untuk menghubungkannya dengan komputer
kerana ia mempunyai bekalan kuasa sendiri. Apa yang lebih menarik
ialah rekabentuknya yang kelihatan unik dan berinovatif akan memudahkan
penggunaan dan mengutamakan keselesaan penggunaannya.
Tetikus
beroda
Tetikus jenis ini menjanjikan
keselesaan kepada para penggunanya dengan rekabentuk yang berinovatif.
Bebutang untuk sentuhan ibu jari yang menyelesakan serta bebutang beroda
yang unik akan memberikan fleksibiliti kepada anda ketika mengembalikan
sistem pengoperasian Windows 95, 98 dan NT. Bebutang berbentuk seperti
roda itu juga memudahkan tugas pengskrolan dalam semua perisian aplikasi
Windows dan Internat. Bebutang rodanya turut merangkumi fungsi empat
bebutang pilihan yang boleh diklik dengan mudah. Disamping itu anda
boleh membesarkan paparan pada skrin dengan menggunakan butang ibu jari
tanpa perlu menyentuh papan kekunci komputer anda.
Tetikus
Peluncur Internet
Adakah anda inginkan
keselesaan ketika meluncur dalam internet ? Jika begitu, tetikus jenis
ini mampu memberikan keselesaan yang diharapkan tidak kira pengguna yang
kidal atau sebaliknya. Dengan menggunakan teknologi tanpa wayar, ianya
tidak lagi dihubungkan dengan sistem komputer anda menerusi seutas kabel.
Tambahan pula ia membolehkan anda mengawal sepenuhnya pergerakan ketika
meluncur di ruang siber walupun berada pada jarak lingkungan 6 kaki. Ciri-cirinya
yang bersifat ekslusif adalah sesuai dengan sistem pengoperasian Windows
95, dimana anda hanya perlu mengklik pada arahan-arahan popular pelayar
internet seperti back, scroll dan bookmark.
[HOME]
|