PERKAKASAN
KOMPUTER
Hak
cipta terpelihara
SMTT 2001. |
TERMINAL
Terminal adalah peranti
input/output yang paling popular. Terminal digunakan untuk
komunikasi dua-hala dengan CPU atau dengan terminal lain yang jauhnya antara
beberapa kaki hingga beberapa ribu batu. Oleh itu, dengan bantuan
terminal, pengguna dapat mencapai komputer di mana-mana di dunia.
Terminal, kadang-kala
disebut stesen kerja, membenarkan kita saling
tindak dengan komputer. Kita menggunakan papan kekunci untuk
memasukkan data, menerima output yang dipaparkan pada skrin paparan tiub
sinar katod (CRT), atau monitor. Oleh kerana data perlu dimasukkan
ke dalam peranti satu aksara pada satu masa, kemungkinan ralat berlaku
adalah tinggi dan kadar penghantaran data adalah rendah, maka penggunaan
terminal terhad kepada bilangan input dan pertanyaan yang kecil.
Ada tiga jenis terminal
iaitu terminal dungu (dump), bijak (smart) dan cerdas (intelligent):
| Terminal
dungu (dump) |
- Tidak memiliki kebolehan
dan pemprosesan dan oleh itu tidak boleh melakukan pemprosesan.
- Hanya digunakan untuk
input data melalui papan kekunci kepada sistem komputer dan memaparkan
apa saja maklumat (maklum balas) yang diterima daripada sistem komputer.
- Selalu terdapat pada
di kaunter syarikat kapal terbang, pejabat pos, JPJ. |
| Terminal bijak (smart) |
- Boleh melakukan input
dan output dan memiliki sedikit keupayaan pemproses, juga disebut terminal
urusan (transaction).
- Keupayaan pemprosesan
adalah seperti mengedit atau mengesah (verify) data sebelum dihantar
ke komputer, tetapi tidak boleh melakukan pengaturcaraan atau menjanakan
suruhan baru. Contohnya
| mesin
juruwang automatik (automatik teller machine, ATM) : terdiri daripada papan
kekunci terhad, paparan video kecil dan mungkin pembesar suara. |
| terminal
juruwang jualan (point-of sale, POS) : digunakan seperti mesin wang tunai
(cash register) iaitu selain pengrekodan setiap urusan pelanggan, digunakan
juga untuk mengemaskinikan inventori. |
| peranti
pengkomputeran network (network computing devices) : baru direkacipta untuk
menggantikan mikrokomputer tetapi mempunyai pemproses dan ingatan sendiri
untuk melakukan pemprosesan dan juga input dan output. |
|
| Terminal
cerdas (intelligent) |
- Terminal cerdas adalah
seperti mikrokomputer yang mempunyai pautan komunikasi, iaitu terminal
“berdikan” dengan memiliki keupayaan input, output, pemprosesan dan storan
dan memiliki perisisan sendiri.
- Banyak mikrokomputer
telah digunakan menggantikan terminal dungu dan bijak. |
[HOME]
|