PERKAKASAN
KOMPUTER
Hak
cipta terpelihara
SMTT
2001. |
STORAN
PRIMER
[ROM]
[RAM]
ORGANISASI
Seperti sistem komputer
yang lebih besar, mikrokomputer menggabungkan digit-digit perduaan bagi
membentuk kumpulan saiz yang sesuai yang dinamakan kata. Saiz kata
bergantung kepada sistem komputer tertentu yang digunakan. Saiz kata
yang biasa digunakan oleh berbagai saiz sistem komputer. Hanya beberapa
tahun yang lalu, IBM memperkenalkan PC kata 8 bitnya, diikuti dalam beberapa
tahun kemudian oleh mikrokomputer PC AT 16 bit, dan kini ia telah
digantikan dengan sistem kata 32 bit. Kebaikan pertambahan saiz kata ialah
mesin menjadi lebih cepat kerana ia boleh memproses lebih bit
maklumat dalam tempoh masa yang sama. Jadi, hala masa kini adalah
ke arah kata yang lebih besar.
Ingatan mikrokomputer
umumnya dibentuk daripada banyak cip MOS (semikonduktor oksida logam) yang
berasingan dan ia boleh melakukan fungsi yang berbeza-beza. Istilah
ROM, RAM, PROM, EPROM dan EEPROM digunakan dengan unit storan primer
sesebuah mikrokomputer.
ROM
(Read Only Memory)
ROM atau ingatan baca
sahaja, umumnya disediakan oleh pembuat mikrokomputer dan dikhususkan untuk
penggunaan tertentu. Data dan aturcara yang diperlukan oleh penggunaan
ini dibakar ke dalam cip atau disimpan secara kekal di dalamnya.
Oleh itu pengguna boleh membaca atau mencapai aturcara atau data dari ROM
tetapi tidak boleh menulis di dalamnya. Kandungan ROM tidak akan
dipinda apabila kuasa elektrik diputuskan dari komputer. Oleh itu,
ia dirujuk sebagai bahantara storan tak meruap . ROM umumnya digunakan
untuk menyimpan perisian tegar iaitu aturcara, rutin dan penafsir
bahasa yang disediakan oleh pembuat, bagi capaian serta-merta oleh
pengguna sistem. Semua aturcara yang digunakan semasa menghidupkan
PC disimpan dalam ROM. Sebagai contoh, banyak model mikrokomputer
dibekalkan dengan cip ROM yang mengandungi bahasa BASIC. Terdapat
tiga jenis cip ROM yang selalu digunakan:
| PROM |
Ingatan baca sahaja boleh
diaturcara (Programmable ROM), iaitu cip yang kosong dan boleh diaturcara.
Sekali ditulis aturcara, kandungannya tidak boleh diubah. Cip PROM
digunakan terutamanya untuk aturcara tujuan khas seperti permainan
dan grafik yang boleh dipalam dengan mudah pada papan komputer utama atau
pada tempat rendah. Ini jauh lebih mahal daripada cip berkuasa tinggi. |
| EPROM |
Ingatan baca sahaja teraturcara
boleh dipadam (Erasable ROM). Kandungan boleh dipadam dengan
menggunakan tatacara sinar ultraungu. |
| EEPROM |
PROM yang boleh dipadam
secara elektrik (Electrically EPROM). Kandungannya boleh diubah
/ diaturcara secara elektronik. |
RAM
(Random Access Memory)
 |
Mikrokomputer riba seperti
komputer convertible IBM menggunakan cip MOS khas di dalam RAM -
Ingatan Capaian Rawak yang hampir tidak memerlukan kuasa akan mengekalkan
kandungannya mungkin dengan menggunakan satu bateri dalaman yang
kecil. Walau bagaimanapun ,cip berkuasa rendah ini jauh lebih mahal daripada
cip berkuasa tinggi. |
RAM ini merupakan ingatan
untuk dibaca dan ditulis. Ia merupakan ingatan yang memegang/menyimpan
sementara data selagi ada elektrik. Data atau maklumat boleh disimpan
atau dicapai secara rawak (di mana-mana dan secara langsung dan cepat).
Terdapat dua jenis cip RAM yang selalu digunakan
| DRAM |
Ia merupakan Ingatan
Capaian Rawak Dinamik (Dynamic Random Access Memory). Cip
RAM ini memegang data secara dinamik. Data tidak disimpan secara
berterusan, tetapi komputer akan menyegar semula (refresh) data
melalui pemprosesan beratus-ratus kali setiap saat. Rekabentuknya
mudah dengan hanya menggunakan transistor dan pemuat, tetapi tidak cepat. |
| RAM Statik |
Ia merupakan Ingatan
Capaian Rawak Statik (Static Random Access Memory). RAM jenis
ini memegang data secara bertrusan (tanpa penyegaran "refreshing").
Cip RAM ini lebih cepat daripada DRAM tetapi rekabentuknya rumit. |
[HOME]
|