PERKAKASAN
KOMPUTER
Hak
cipta terpelihara
SMTT 2001. |
PITA MAGNETIK
|
Pita magnet adalah bahantara
stroran sekunder yang biasa digunakan, terutamanya untuk menyimpan data
yang besar bilangannya dalam tertib jujukan yang telah ditetapkan. Penggunaannya
begitu meluas sekali kerana
| kadar
pemindahan data yang laju (bilangan aksara yang boleh dibaca atau ditulis
per saat) |
| ketumpatan storan (bilangan
bait yang dirakam per inci pita) |
| keupayaan stroan massa,
saiz yang padat |
| kos pengendalian yang
agak rendah. |
|
Contohnya, subsistem pita
magnet IBM mempunyai kadar pemindahan beberapa juta aksara atau bait per
saat. Kadar ini adalah amat laju jikalau dibandingkan dengan pencetak
hentam berkelajuan tinggi berkebolehan mencetak alam anggaran 6,000 aksara
per saat pada maksimumnya.

Peranti pita magnet bertindak
sebagai unit storan input dan unit storan output dan boleh dikendalikan
di bawah kawalan komputer (dalam talian) atau berasingan (luar talian)
untuk melaksanakan penukaran rutin, seperti pita ke pencetak atau cakera
ke pita.
[ Home
]
|