PERKAKASAN
KOMPUTER
Hak
cipta terpelihara
SMTT
2001. |
PENGIMBAS
 |
Peranti pengimbas imej
(image scanner) atau grafik (grafik scanner) merupakan peranti
yang menukarkan semua teks, lukisan, gambar dan lain-lain ke bentuk digital.
Teknologi sistem pengimejan telah mencetuskan industri imej dokumen elektronik
(electronic document imaging) dengan menggabungkan penggunaan pengimbas
(scanner), kamera digital (digital camera) dan lain-lain. |
Teknologi
Imbasan
Pengimbas
menggunakan dua jenis teknologi optik iaitu Charge-Coupled Device (CCD)
atau Contact-Image Sensor (CIS). CCD adalah teknologi lama
yang digunakan oleh pengimbas dan ia menyerupai teknologi mesin penyalin
(photocopy) manakala CIS adalah teknologi baru yang menggunakan
pengesan (sensor) sebagai perantara tangkapan imej.
Namun
begitu teknologi CIS tidak mampu menghasilkan gambar yang baik walaupun
ia mampu menghasilkan pengimbas yang nipis dan ringan. Manakala teknologi
CCD pula membolehkan gambar diimbas dengan baik dan cantik walaupun ia
berat dan agak sensitif kepada gegaran. Dari segi harga pula CIS
adalah mahal berbanding dengan CCD.
Kini
pengimbas juga mengadakan sejenis ciri mudah dalam penggunaannya iaitu
imbasan sesentuh (one-touch scanning). Dengan ciri ini ia
memberikan kemudahan sebuah mesin penyalin (photocopy) kepada pengimbas
dan pengguna hanya perlu meletakkan dokumen pada pengimbas kemudian tekan
butang pada pengimbas, seterusnya pengimbas akan menghantar data kepada
PC.
Jenis-jenis
Pengimbas
|
Pengimbas
telapak (handheld scanner) |
|
Peranti kecil yang dijalankan
di atas sebuah imej atau sekumpulan teks. Kini pengimbas jenis ini
telah tiada di pasaran dan tidak dikeluarkan lagi. |
|
Pengimbas
helaian (Sheetfed scanner) |
|
Ia dikenali sebagai pengimbas
halaman peribadi (personal page scanner) di mana helaian kertas
dimuatkan bagi memudahkan ia diimbas. Pengimbas jenis ini bertindak
sebagai pengecam teks dan pengimbas imej yang berkualiti. Pengimbas
dalam kategori ini mampu mengimbas dengan cepat dan dalam jumlah yang besar. |
|
Pengimbas
mendatar (flatbed scanner) |
|
Ia mempunyai sekeping
kaca mendatar bagi meletakkan bahan untuk diimbas. Ia mudah digunakan
bagi mengimbas imej atau teks. Pengimbas ini terdapat banyak di pasaran
dan ia digunakan di rumah, pejabat atau di sekolah. |
[
Home
]
|