PERKAKASAN
KOMPUTER
Hak
cipta terpelihara
SMTT 2001. |
PENCETAK
[Pencetak
hentaman] [Pencetak
tanpa hentaman]
|
Antara semua peranti
output yang digunakan dalam perniagaan, pencetak adalah yang paling
biasa digunakan. Ia menyediakan pengguna untuk rekod data tampak
yang kekal output dari komputer. Ia adalah salah satu peranti
output yang berkeupayaan untuk menghasilkan laporan dan dokumen perniagaan.
Pencetak telah dibangunkan dan berkebolehan mencetak sehingga 150 hingga
lebih 20,000 baris per minit dengan setiap baris mempunyai hingga
150 aksara. Kiraan ringkas menunjukkan kelajuan cetakan maksimum
adalah dalam anggaran 50,000 aksara persaat. |
Pencetak boleh mencetak atas
kertas biasa atau atas borang satu atau berbilang salinan yang disediakan
khas seperti invois, alat tulis, label, cek, bil dan lain-lain borang bertujuan
khas yang digunakan dalam perniagaan dan industri. Ia boleh cetak
teks dan grafik dalam bentuk hitam putih atau warna.
Pencetak boleh dibahagikan
kepada dua kategori besar iaitu pencetak hentaman dan pencetak tanpa hentaman.
Pencetak
hentaman merupakan pencetak yang lebih biasa digunakan.
PENCETAK
HENTAMAN
 |
Dengan pencetak hentaman,
cetakan berlaku disebabkan oleh tukul yang mengetuk bentuk aksara dan bentuk
aksara ini kemudiannya mengetuk reben berdakwat, menyebabkan reben menekan
imej aksara tersebut ke atas kertas.
Peranti pencetak aksara
mencetak satu aksara satu masa pada kelajuan 10 hingga 500 aksara per saat.
Pencetak terlaju jenis ini adalah pencetak matriks dawai atau
pencetak matriks bintik. Ia mencetak aksara terdiri daripada bintik-bintik
corak terbentuk oleh hujung dawai yang kecil. |
Dengan memanjangkan dawai
tertentu lebih daripada yang lain, corak bintik boleh dibentuk untuk mengeluarkan
nombor, huruf, atau aksara khas. Dawai yang dipanjangkan ini
kemudiannya ditekan ke atas reben berdakwat untuk mencetak aksara ke atas
kertas atau borang. Sesetengah pencetak matriks yang lebih
lambat dan murah mencetak aksara sebagai satu siri lajur setiap satunya
selebar satu bintik. Oleh kerana sifat unsur matriks tersebut, ia
boleh digunakan untuk mencetak bentuk aksara khas yang boleh digunakan
dengan grafik, seperti graf dan carta.
Untuk mereka yang inginkan
output berkualiti mesin taip, pencetak bintik khas atau pencetak roda daisi
boleh digunakan. Pencetak roda daisi menggunakan unsur cetakan plastik
atau logam tunggal berbentuk seperti sususan kelopak bunga daisi.
Unsur ini akan berputar sehingga aksara yang betul berada pada kedudukannya
dan kemudiannya ia ditekan ke atas reben berdakwat. Proses ini berulang
untuk setiap aksara yang hendak dicetak pada baris. Kelajuan
biasa pencetak jenis ini adalah dalam julat 25 hingga 100 aksara persaat.
Pencetak aksara
hentaman adalah peranti output salinan keras (hard copy) yang
paling biasa digunakan untuk sistem mikrokomputer peribadi dan perniagaan
kecil. Kosnya jauh lebih rendah daripada pencetak baris.
Pencetak baris hentaman
berkeupayaan mencetak keseluruhan baris pada satu masa dengan menggunakan
roda cetak, rantai atau dram bergerak. Pencetak roda cetak terdiri
daripada satu siri roda cetak, setiap satunya mengandungi digit dan aksara
abjad yang lengkap sebagai tambahan kepada set aksara khas. Apabila
mencetak, semua roda cetak diletakkan dengan tepat untuk mewakili data
yang hendak dicetak pada satu baris. Ia kemudiannya menghentak secara serentak
pada kelajuan 150 baris per minit.
Pencetak rantai atau pencetak
dram adalah pencetak baris hentaman yang pantas yang biasa digunakan.
Semasa rantai (mengandungi lima atau kurang bahagian yang terdiri daripada
48 aksara, setiap satunya mengandungi set aksara yang lebih banyak) atau
dram cetak berputar, setiap aksara akan dicetak apabila ia tiba pada kedudukannya.
Sehingga 150 aksara per baris boleh dicetak pada kelajuan hingga 2,500
baris per minit. Boleh dikatakan pencetak baris hentaman digunakan
khas untuk menyokong sistem komputer yang lebih besar.
PENCETAK
TANPA HENTAMAN
|
Pencetak baris tanpa
hentaman yang menggunakan kaedah laser, xwrografik, elektrostatik atau
kaedah dakwat pancut adalah pencetak yang terlaju dan paling senyap. Pencetak
laser Xerox 9700 misalnya, berkeupayaan mencetak lebih daripada 18,000
baris per minit. Sebelum pembangunan pencetak dakwat pancut dan laser,
pencetak tanpa hentaman tidak banyak digunakan kerana beberapa sebab:
1) Memerlukan kertas
khas yang lebih mahal
2) Output bercetak tidaklah
seterang dan sejelas percetakan pencetak hentaman. |
[ Home
]
|