PERKAKASAN
KOMPUTER
Hak
cipta terpelihara
SMTT
2001.
|
PAPAN
KEKUNCI
|
Peranti
yang selalu digunakan dan paling popular iaitu papan kekunci untuk memasukkan
data.
Papan kekunci hari ini
pada amnya menggunakan litar bersepadu untuk menjalankan empat fungsi-fungsi
tertentu seperti di bawah. |
a) menentukan gabungan
1 dan 0,iaitu kod perduaan,untuk dihantar ke cpu bergantung kepada kekunci
yang ditekan. |
b) bersaling tukar
antara kekunci besar dan kekunci kecil. |
c) mengulangi kod
kekunci jika kekunci tersebut ditekan lama. |
d) menyimpan secara
sementara atau “menimbal”input jka kekunci ditaip terlalu pantas. |
Penyusunan papan kekunci
yang memberikan piawaian kepada kebanyakan papan kekunci adalah penyusunan
QWERTY,
yang diberi nama mengikut huruf pertama pada baris atas di sebelah kiri.
Ia biasanya mempunyai 101 kekunci. Penyusunan ini dibuat bertujuan
untuk melambatkan jurutaip yang mahir, kerana penaipan yang terlalu pantas
akan merosakkan kekunci mekanik pada mesin taip. Untuk memperlahankan
jurutaip, huruf-huruf yang paling biasa digunakan diletakkan berserak di
atas papan kekunci, menyebabkan gabungan yang biasa digunakan sukar dan
lambat ditaip. Penyusunan papan kekunci QWERTY ini telah digunakan
hampir satu abad yang lalu.
Bagaimana pula komputer
menerima data dari kekunci?
Papan kekunci mempunyai
pengawal (controller) dan pengimbal (buffer) kekunci.
Segala yang ditaip akan disimpan dalam pengimbal (boleh lebih daripada
satu simbol disimpan) dan kemudiannya akan diimbas oleh pemproses komputer
setelah menerima isyarat sampukan (interrupt)
daripada pengawal kekunci.
[HOME]
|