Agen
(agent) |
Suatu
proses perisian yang boleh bertindak sebagai mewakili seseorang pengguna
bagi menyempurnakan satu transaksi, mencari maklumat. |
Alamat
(address) |
Terdapat
tiga jenis alamat yang biasa digunakan dalam internet iaitu alamat e-mail,
alamat IP, dan URL(Uniform Resource Locators). |
Algorithm-algoritma |
Satu
set proses yang ditakrifkan menurut langkah demi langkah dengan jelas
bagi penyelesaian bagi suatu masalah. Algoritma sering disesuaikan
dengan bahasa sesuatu aturcara seperti BASIC atau PASCAL.. |
Audio |
Di
dalam sistem komunikasi yang bercirikan video, isyarat elektrik digunakan
untuk membawa unsur bunyi. Istilah ini juga biasa digunakan untuk
menerangkan sistem-sistem yang berkaitan dengan proses perakaman dan transmisi
iaitu sistem pengambilan / penangkapan suara, sambungan transmisi pembawa
bunyi, emplifier dan yang seumpamanya. |
Autoflow |
Apabila
teks disusun secara automatik dari kolum ke kolum dan menetapkan secara
automatik apabila perubahan dilakukan. |
Baris
perintah (prompt) |
Membolehkan
pengguna menjalankan aturcara dengan memberikan arahan teretentu contoh
C:/> atau A:/>. |
Bitmap |
Satu
format imej yang menggunakan petaan bit. |
Buku
alamat (address book) |
Merupakan
suatu ciri bagi kebanyakan aplikasi e-mel yang berperanan sebagai penyimpan
nama dan alamat e-mel dengan menggunakan satu format yang boleh diakses. |
Klien
(Client) |
Program
perisian yang digunakan untuk menghubungi dan mendapatkan data daripada
sesebuah pelayan program perisian pada komputer lain yang biasanya terletak
pada jarak yang jauh. Setiap program klien direka bentuk untuk bekerja
dengan satu atau lebih program pelayan khusus dan setiap pelayan
itu memerlukan sejenis klien yang khusus juga misalnya sebuah pelayar web. |
Koleksi
clipart |
Lukisan
mudah yang disertakan bersama perisian DTP (Desktop Publishing). |
Data
compression |
Istilah
ini merujuk kepada proses pengurangan saiz data bagi sebuah fail dengan
cara mengurangkan mana-mana maklumat yang tidak penting. Di samping
itu ia juga mengurangkan ruangan kosong dan mengelakkan pengulangan mana-mana
aksara atau corak yang membebankan. |
Data
flowdiagram
(Rajah aliran data) |
Sebuah
rajah yang memberikan gambaran bagaimana data bergerak melalui sebuah
sistem. Ia terdiri daripada entiti luaran, aliran data, pemprosesan
dan fail rujukan. |
Demo |
Ia
merupakan program yang belum dipasarkan secara komersial tetapi para pengguna
diberi peluang untuk menggunakannya bagi menunjukkan apa yang boleh dilakukan
oleh program tersebut. Kebanyakan demo tersebut adalah bersifat interaktif
yang memerlukan penglibatan pengguna. Sekiranya pengguna menyukai
apa yang dilihat, mereka boleh membeli versi penuh bagi program demo tersebut. |
Download.com |
Ia
merupakan satu bentuk perkhidmatan daripada CNET (The computer network).
Laman webnya yang boleh diakses menerusi alamat www.download.com merupakan
sumber-sumber untuk bahan-bahan komersial seperti demo, drive dan
patch
selain mengakses kepada perisian aplikasi shareware dan freeware
dengan maklumat pengarangan yang berinfomasi dan memberangsangkan. |
DTP |
Deskop
publishing atau penerbit atas meja yang terdiri daripada reka letak
komputer dan reka bentuk berkomputer dan rekabentuk muka surat. |
Line
art |
Ilustrasi
yang menggunakan garis dan isian warna cetakan. |
Mail
merge (Cantuman mel) |
Aturcara
pemprosesan kata yang membenarkan surat piawai dicetak berdasarkan siri
nama dan alamat yang berlainan. |
Multiplexor
(Pemultipleks) |
Peranti
yang membolehkan input daripada beberapa saluran untuk berkongsi satu saluran
tunggal. Peranti ini digunakan dalam persekitaran komunikasi data. |
PCI
(Peripheral component interconnect) |
Sebuah
bas yang menghubungkan perkakasan yang berkelajuan tinggi kepada pemproses. |
Pentium |
Cip
mikro pemproses yang dikeluarkan oleh syarikat Intel dan digunakan dalam
kebanyakan komputer IBM atau serasi IBM. Ia dipanggil Pentium kerana
nama 80586 tidak boleh dipatenkan. Ia adalah susulan kepada cip 80486. |
Plug
in (Palam masuk) |
Secebis
perisian yamg menambah ciri-ciri tertentu kepada sebuah perisian utama.
Contohnya pelayar web mempunyai “plug in” seperti Macromedia Shockwave
dan VDOLlive. Ia melibatkan sebahagian daripada perisian “plug in”
yang dimasukkan oleh perisian utama. Dengan itu perisian utama
boleh memilih mana satu perisian yang perlu digunakan. |
Protokol |
Merupakan satu set peraturan
dan prosedur untuk bertukar-tukar data di antara sebuah komputer dengan
sebuah sistem rangkaian atau menerusi Internet. Protokol biasanya meliputi
maklumat yang melibatkan penyemakan ralat, pemampatan data, penghantaran
dan penerimaan mesej. Protokol juga dikenali sebagai kaedah untuk mengakses. |
Pseudocode
(Pseudokod) |
Kaedah
yang memaparkan logik atur cara yang mempunyai corak yang serupa dengan
bahasa percakapan.
RealAudio
Format untuk penyiaran audio secara langsung melalui Internet.
Walau bagaimanapun anda memerlukan kad bunyi yang dipasangkan kepada
komputer anda. Anda boleh membeban ke bawah perisian Real Audio daripada
www.realaudio.com. |
Shareware.com |
Ia
merupakan sebuah lagi perkhidmatan dari CNET yang menyediakan akses kepada
beratus daripada beribu-ribu perisian yang boleh dipindah terima.
Perkhidmatan ini menggunakan teknologi Virtual Soft Library (VSL)
sebagai terasnya yang membolehkan pengguna internet mencari, meluncur dan
memindah terima perisian-perisian daripada arkib shareware dan laman
korporat menerusi talian. Kandungannya adalah meliputi program-program
shareware,
freeware dan komersial. |
Templat
(Template) |
Prototaip
elektronik sebuah penerbitan yang mempunyai bentuk yang sama dengan penerbit
yang terdahulu tetapi tiada teks. |
Virtual
Software Library (VSL) |
Ia
merupakan perpustakaan perisian maya yang menyediakan indeks terkini bagi
beberapa arkib perisian terbesar melalui internet. Ia bukannya sebuah
tapak ftp (file transfer protocol) ataupun arkib, sebaliknya ia
adalah sebuah katalog pintar dan enjin penyaringan (retrieval) yang
menjadikannya mudah untuk mencari laman-laman Web tertentu. Indeks
VSL juga menyediakan akses bagi beberapa tapak tersebut disamping mengemaskinikan
kandungan katalognya pada asas harian. |
What-you-see-is-what-you-get
(WYSIWYG) |
Apa-dilihat-itu-diperolehi
merupakan aturcara yang memberikan output pada skrin yang menyerupai dengan
output cetakan. |
Wireless Application
Protocol (WAP) |
Protokol terbuka yang
dibangunkan oleh Motorola, Ericson, Nokia, dan Unwired Planet ini
membolehkan akses maklumat tanpa wayar menerusi peranti bimbit seperti
telefon selular dan PC telapak. WAP mendefinisikan kadar transmisi data,
kaedah mampatan, dan isyarat tertentu yang membolehkan pengguna rangkaian
dan sistem yang sama. Protokol ini adalah serasi dengan semua sistem operasi
yang utama, kebanyakan rangkaian tanpa wayar, dan bahasa seperti HTML,
XML, dan WML. |
Wireless Markup Language
(WML) |
Merupakan sebahagian
daripada teknologi Wireless Application Protocol (WAP), di mana
kegunaannya untuk mencipta dan memindahkan data daripada Internet kepada
peranti bimbit tanpa menggunakan wayar. WML juga merupakan sebuah kod yang
menyerupai Hypertext Markup Language (HTML). |