PERKAKASAN
KOMPUTER
Hak
cipta terpelihara
SMTT
2001. |
CAKERA
OPTIK
[ Cakera
CD-ROM ] [ Cakera
CD-R ] [ Cakera
WORM ]
[ Cakera
Optik Boleh Padam ]
Peranti
storan optik memberikan satu alternatif untuk keperluan menyimpan data
yang banyak. Peranti ini menggunakan prinsip cahaya, dan bukan prinsip
magnetik untuk menyimpan data. Corak pembalikan cahaya laser pada
permukaan cakera menunjukkan data yang ditulis/dibaca. Semasa perekodan,
cahaya laser berkuasa tinggi digunakan untuk membentuk lekukan (pit)
pada cakera. Cakera optik juga menggunakan skema sistem perduaan.
Setiap lekukan itu menggambarkan data 0 dan tanpa lekukan menggambarkan
data 1.
Semasa
pembacaan data pada cakera optik, cahaya laser berkuasa rendah disuluh
kepada permukaan cakera dan pembalikan cahaya laser bergantung kepada lekukan
yang ada pada permukaan. Jika terdapat lekukan, pembalikan cahaya
laser tersebar dan tidak akan dapat dikesan oleh pengesan cahaya dan ini
menggambarkan keadaan 0. Jika tidak terdapat lekukan atau permukaannya
rata (land), pembalikan cahaya terdokus dan dikesan oleh pengesan
cahaya dan ini menggambarkan keadaan 1.
Terdapat
pelbagai teknologi cakera optik yang digunakan dengan komputer iaitu
a)
Cakera CD-ROM
b)
Cakera CD-R
c)
Cakera WORM
d)
Cakera Optik Boleh Padam
CAKERA
CD-ROM
|
Cakera
CD-ROM merupakan satu teknologi yang selalu digunakan pada mikrokomputer.
CD-ROM bermaksud cakera padat - ingatan baca sahaja (Compact Disk Read
Only Memory). Baca-sahaja bermaksud kita hanya boleh membaca
apa sahaja data yang ditulis pada cakera CD-ROM. Cakera CD-ROM merupakan
sekeping cakera plastik yang berdiameter 120mm dan boleh menyimpan data
sehingga 650MB. |
Pemacu CD-ROM adalah pemacu
yang digunakan untuk membaca isi kandungan CD tersebut. Dari segi
kelajuan (speed) pemacu tersebut, pengguna memang mempunyai pelbagai
pilihan misalnya 6x, 8x, 12x, 18x, 20x, 24x, 32x ataupun sehingga 100x.
Kelajuan pemacu melambangkan kelajuan cakera berputar. Pemacu kelajuan
tunggal boleh mencapai data sebanyak 150KB per saat, kelajuan berganda
sebanyak 300KB per saat dan seterusnya.
CD-ROM telah menjadi media
yang penting dalam pelbagai kegunaan, antaranya ialah storan data, ensiklopedia,
katalog, permainan, pendidikan berhibur (edutainment), majalah buku,
wayang dan animasi atau dokumen bertulis. Walaupun CD-ROM dan pemacunya
telah digunakan pada PC multimedia terdahulu dan sekarang, namun kehadirannya
tidak didedahkan lagi dimasa akan datang apabila munculnya teknologi DVD
(Digital Versatile Disk).
CAKERA
CD-R
Cakera
CD-R bermaksud cakera padat-boleh rekod (Compact Disk-Recordable).
CD ini membolehkan kita merekod data atau maklumat yang kemudiannya CD
tersebut boleh dibaca oleh pemacu CD-ROM. Contohnya Photo CD.
CAKERA
WORM
Cakera
WORM bermaksud tulis-sekali baca-banyak-kali (Write Once, Read Many).
Cakera ini hanya boleh merekod maklumat atau data sekali sahaja, pastinya
tidak boleh dipadam lagi dan boleh dibaca banyak kali. Cakera berteknologi
WORM berguna untuk menyimpan data arkib yang tidak perlu diubah lagi dan
boleh menyimpan sehingga 122 - 6400MB data.
CAKERA
OPTIK BOLEH PADAM
Cakera
optik boleh padam (Erasable Optic Disc) membenarkan pengguna memadam
dan menulis data banyak kali. Cakera optik boleh padam ini boleh
menyimpan data 281 - 3200 MB. Contoh cakera ini ialah cakera magneto-optik
(Magneto-Optic Disc, MO). Cakera MO ini menggunakan teknologi
magnetik dan optik dan mempunyai muatan sebesar cakera optik dan boleh
ditulis semula seperti cakera magnetik. Cakera ini mempunyai kristal
yang sensitif magnetik yang dikelilingi oleh plastik yang keras.
Untuk perekodan/penulisan, cahaya laser kuat akan dipancarkan kepada plastik
dan menyebabkan plastik cair dan seterusnya kristal sensitif magnetik beleh
bergerak. Pada masa yang sama (semasa kristal boleh bergerak &
plastik cair), kristal tersebut akan diubah kedudukan (disusun) menurut
arahan magnetik yang dikenakan keatasnya. Semasa pembacaan data dari
MO, cahaya laser lemah disuluh ke kristal dan corak pembalikan cahaya membentuk
data.
[HOME]
|