PERKAKASAN KOMPUTER
Hak
cipta terpelihara
SMTT
2001. |
CAKERA
MAGNETIK
[ Disket
] [ Cakera
Keras ]
DISKET
|
Disket diperbuat daripada
plastik mylar, berbentuk cakera liut dan permukaannya diselaputi oleh magnetik
oksida. Data yang disimpan di dalamnya diwakilkan oleh titik-titik
magnet. Ia memerlukan pemacu disket yang mempunyai kepala baca/tulis.
Disket boleh didapati dalam dua bentuk saiz iaitu
5 1/4 inci (jarang digunakan)
dan 3 1/2 inci. |
Kelebihan
disket:
-
Mudah
alih - ia boleh dikeluarkan dan dibawa dari satu komputer ke komputer
lain.
-
Backup
- sesuai umtuk membuat salinan fail dari cakera keras untuk simpanan sekiranya
fail dalam cakera keras hilang atau rosak.
-
Bekalan
perisian baru - salinan asal perisian yang disediakan dalam disket
boleh dibeli/disalin dan pengguna dengan mudah dapat memindahkannya ke
dalam cakera keras.
CAKERA
KERAS (HARD DISK)
|
Cakera keras merupakan
plet (piring) logam yang diselaputi dengan magnetik oksida. Terdapat
pelbagai saiz iaitu 14 inci, 5 1/4 inci dan 3 1/2 inci. Ia boleh
didapati dalam bentuk fixed disk, disk pack dan removeable
hard disk cartridge. Pemacu hard disk mempunyai kepala baca tulis
untuk menulis data pada hard disk atau membaca data dari hard disk. |
Kelebihan
cakera keras/Hard disk:
-
Muatan
tinggi - Disket hanya memuatkan 1.44MB data tetapi hard disk dapat
menjangkau 16+GB ( Pentium III ).
-
Masa
capaian data hard disk cepat - mempercepatkan proses yang hendak
dibuat oleh pengguna.
-
Proses
merekod data dari hard disk lebih cepat.
[HOME]
|