PERKAKASAN
KOMPUTER
Hak
cipta terpelihara
SMTT
2001.
|
CAKERA
KERAS (HARD DISK)
 |
Cakera keras adalah sekeping
logam tetap yang menyimpan data sebagai bintik magnetik. Setiap kepingan
logam itu disadur dengan ferum oksida.
Keseluruhan unit cakera
keras dibungkus dalam kotak dimeterai, yang di dalamnya terdapat cakera
keras, satu set pemacu cakera dan motor yang memutarkan cakera. Ini
berbeza dengan cakera liut yang cakera dan pemacu cakera terasing.
Unit yang mempunyai satu kepala baca/tulis, satu lengan capaian dan satu
keping cakera yang termeterai juga dikenali sebagai Pemacu Cakera Winchester
(Winchester disk drives).
|
Permukaan cakera keras dan
kepala baca/tulis begitu rapat sehingga sebarang partikel kotoran boleh
menjejaskan kelancaran proses baca/tulis dan juga menyebabkan head crash.
Kejadian ini akan merosakkan permukaan cakera keras (data akan hilang)
dan juga merosakkan kepala baca/tulis.
Kaedah data disimpan pada
cakera keras hampir sama dengan kaedah penyimpanan cakera liut iaitu kaedah
jejak dan sektor. Bagaimanapun, cakera keras boleh terdiri lebih
daripada satu kepingan dan kepala baca/tulis. Bentuk cakera keras
sedemikian disebut pek cakera (disk pack). Pek cakera keras
boleh terdapat sehingga 12 atau lebih kepingan cakera magnetik. Jika
ini keadaannya, satu konsep "silinder (cylinder)" digunakan.
Kaedah silinder ini adalah satu kaedah menyimpan data pada jejak yang sama
dan pada permukaan cakera yang berlainan.
Terdapat pelbagai variasi
cakera keras untuk mikrokomputer:
a) |
Pemacu
Cakera Keras Luaran (External Hard Disk Drives) yang boleh menyimpan
bergigabait data. |
b) |
Pengecilan
(Miniaturization) |
|
Pemacu cakera keras sekarang
lebih tipis daripada yang dahulu (3.5" kepada 1.5") dan juga lebih kecil
diameternya (daripada 3.5" atau 5.25" kepada 2.5", 1.8", 1.3").
Pengecilan saiz ini akan membolehkan dua pemacu cakera ditempatkan pada
ruang yang sama. |
c) |
Katrij
Cakera Keras (Hard Disk Cartridges) |
|
Katrij cakera keras ini
mengandungi satu atau dua keping cakera dan pemacu cakeradalam satu kotak
plastik keras. Katrij ini seperti cakera keras boleh pindah dan boleh
menampung sehingga 1.2 gigabait data. Ia adalah baik digunakan untuk
salinan (back
up). |
Kelebihan
cakera keras/Hard disk:
a) Muatan tinggi,
disket 1.4MB tetapi hard disk menjangkau 16+ ( Pentium III ).
b) Masa mencapai
data dari hard disk cepat, ia dapat mempercepatkan proses
yang hendak dibuat oleh pengguna.
c) Proses merekod
data dari hard disk lebih cepat.
[HOME]
|