TITIK PERMULAAN
HAKISAN SUNGAI
PEMENDAPAN SUNGAI
PENGANGKUTAN SUNGAI
Lurah berbentuk "V"
  • Aliran sungai deras di peringkat hulu menyebabkan tindakan hidrol dan geselan di dasar sungai berkesan
  • Maka lurah berbentuk "V" terbentuk.

Jurang
  • Hakisan menegak yang berterusan akan membentuk jurang.
  • Jurang yang semakin mendalam akan membentuk kanyon.
  • Jeram
    • Terbentuk apabila terdapat susunan batuan yang keras dan lembut secara berselang-seli
    • Air mengalir akan menghakis batuan lembut.
    • Batuan keras akan menghalang pengaliran air sungai
    • Air sungai meloncat dan mengalir dengan deras.
    • Ini dikenali sebagai jeram berperingkat.

    Air Terjun
    • Terbentuk apabila terdapat bahagian batuan keras pada aliran air
    • Menyebabkan air sungai terjun secara tiba-tiba.
    • Contoh seperti Air Terjun Victoria di Afrika dan Air Terjun Niagara di Amerika Utara

    Tawanan Sungai
    • Berlaku di peringkat hulu sungai
    • Berlaku jika terdapat perbezaan kadar hakisan mengundur ke hulu di antara dua sungai
    • Dua sungai itu mengalir bersebelahan dari legeh yang sama
    • Cawangan sungai utama akan menghakis tanih yang memisahkan sungai itu dengan cawangan sungai lain
    • Cawangan sungai lemah akan melencong masuk ke dalam sungai yang kuat hakisannya.

    Lubuk Pusar
    • Juga dikenali sebagai lubang sungai
    • Terbentuk apabila hakisan geselan atau pusaran air sungai berlaku di kawasan yang tidak rata

    Lurah berbentuk "U"
    • Aliran sungai di peringkat tengah tidak begitu deras
    • Tindakan hakisan melebar lebih pesat daripada hakisan menegak
    • Lurah berbentuk "U" terbentuk

    Tebing Tinggi Sungai
    • Tindakan hidrol ke atas tebing luar sungai membentuk cerun curam yang dikenali sebagai tebing tinggi sungai
    • Arus dasar yang berputar dan mengalir ke sebelah tebing dalma membentuk cerun landai sungai

    Susuh Bukit Berpanca
    • Cerun landai menyebabkan air sungai mengalir berliku-liku untuk mengelakkan susuh-susuh bukit
    • Ini dikenali sebagai susuh bukit terpanca.
    • Bahagian hujung susuh bukit terpanca yang terhakis oleh tindakan hidrol dikenali sebagai tubir sungai

    Liku Sungai
    • Air mengalir terpengaruh oleh daya tarikan graviti
    • Maka, air sungai jarang dapat mengalir dengan lurus dan membentuk liku sungai

    Lurah berbentuk "|_|"
    • Pada peringkat hilir yang merupakan dataran yang luas dan rata, hakisan menegak hampir tidak berlaku lagi.
    • Hakisan melebar masih berlaku dan membentuk lurah berbentuk "|_|"

    Dataran Mendap
    • Tindakan sungai berkesan di peringkat hilir ialah pemendapan
    • Ini meninggikan dasar sungai menyebabkan air sungai cetek
    • Air sungai mudah banjir pada musim hujan atau musim salji cair
    • Semasa banjir berlaku, bahan mendapan termendap di permukaan lembah lalu membentuk dataran mendap.
    • Kawasan sebegini luas, rata dan diliputi tanih aluvium.
    • Maka lurah berbentuk "V" terbentuk.

    Tetambak
    • Mendapan yang tertimbun di tebing sungai membentuk tetambak
    • Tetambak menyebabkan cawangan sungai mengalir selari dengan aliran sungai utama sebelum bercantum dengannya
    • Cawangan sungai sebegini dikenali sebagai cabang sayung

    Tasik Ladam
    • Liku sungai di peringkat hilir yang berbentuk hampir bulat membentuk segenting yang sempit
    • Apabila banjir berlaku, segenting terputus lalu menghasilkan liku terpenggal
    • Apabila pemendapan terus berlaku, liku terpenggal terputus daripada aliran sungai utama
    • Tasik ladam terbentuk.

    Delta
    • Apabila sungai mengalir sampai di kuala sungai atau muara sungai, bahan muatan termendap
    • Kawasan aluvium kipas yang dikenali sebagai delta terbentuk.
    • Lima sebab pembentukan delta:
      1. Jumlah muatan sungai yang banyak
      2. Pantai yang terlindung dan mengalami kadar pasang surut yang rendah
      3. Laut di kuala sungai mestilah cetek
      4. Tidak terdapat arus kuat yang mengalir bersudut tepat dengan kuala sungai
      5. Tidak terdapat tasik-tasik besar di sepanjang aliran sungai

    Delta Acuate
    • Delta sebegini mempunyai banyak alur
    • Contoh: Sungai Nil, Sungai Ganges, Sungai Irrawadi, Sungai Mekong, dan Huang He

    Delta Kaki Burung
      Nempunyai banyak alur dan mengalir jauh ke laut
    • Contoh: Sungai Mississippi

    Delta Muara
    • Delta sebegini tidak mempunyai banyak bahan mendapan
    • Contoh: Sungai Amazon, Sungai Ob, Sungai Vistula

    Delta Cuspate
    • Delta sebegini berbentuk gigi
    • Contoh: Sungai Ebro