TAHUKAH ANDA: Pantai fiord merupakan ciri bentuk muka bumi utama di pantai Norway.

101 Soalan Ala PMR

1 Kemerosotan penggunaan bijih timah dalam pelbagai industri di Asia disebabkan faktor

A bahan penggantinya lebih murah
B cirinya yang mudah karat
C bekalannya semakin berkurangan
D longgokannya semakin banya ditemui


2 Antara berikut, negara yang manakah menjadi pengeluar utama bijih besi di Asia?
I Arab Saudi
II India
III China
IV Jepun

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

  • Bhakra-Nangal
  • Lanzhou
  • Batang Ai

3 Senarai di atas dikaitkan dengan stesen janakuasa tenaga

A biomas
B hidroelektrik
C suria
D geotermal

  • Pergunungan Ural
  • daerah Singhbum
  • Shenxi dan Shanxi

4 Apakah kepentingan mineral yang dikeluarkan oleh kawasan di atas?
I meleburkan bijih besi
II Menjanakuasa tenaga elektrik
III menjadi bahan pembakar
IV menghasilkan jongkong

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dn IV
D II, III dan IV


5 Tenaga hidroelektrik digunakan dengan meluas di Jepun kerana faktor

A sungainya panjang
B iklimnya empat musim
C jumlah penduduknya ramai
D sungai beraliran deras


6 Antara berikut, negara manakah berpotensi memajukan sumber tenaga geotermal?
I Turki
II Filipina
III Jepun
IV Negara Thai

A I,II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

  • Dataran mendapan lava gunung berapi
  • Dijalankan pertanian berteres di lereng bukit

7 Pernyataan di atas dikaitkan dengan kawasan

A Dataran Huang Tu
B Dataran Bangkok
C Pulau Jawa
D Pulau Kalimantan

  • Pulau Bintan, Indonesia
  • Teluk Ramunia, Malaysia
  • Dataran Tinggi Deccan, India

8 Antara berikut, galian yang manakah dilombong di kawasan di atas?

A Bijih Timah
B Arang batu
C Bauksit
D Kuprum


9 Salji yang cair pada musim panas di pergunungan menjadi sumber air kepada sungai-sungai berikut kecuali

A Sungai Ganges
B Sungai Musi
C Sungai Xi Jiang
D Sungai Ob


10 Antara berikut yang manakah sumber bahan api utama digunakan oleh industri perkilangan di Asia?
I Arang batu
II Nikel
III Uranium
IV Petroleum

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


11 Pernyataan yang manakah benar menerangkan tenaga biomas?
I pereputan sisa pertanian
II pembakaran bahan fosil
III pembakaran sekam padi
IV pereputan bahan buangan haiwan

A I,II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


12 Antara berikut yang manakah merupakan sumber tidak boleh diperbaharui?
I Gas Asli
II Petroleum
III Solar
IV Arang batu

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


13 Tujuan utama negara-negara di Asia barat menjalankan proses penyahmasinan air laut ialah untuk

A bekalan untuk projek pengairan
B keperluan kegunaan penduduk
C keperluan binatang ternakan
D kegunaan sektor perkilangan


14 Antara berikut, negara manakah mempunyai kadar pertumbuhan penduduk yang sama dengan Malaysia?

A Filipina
B Korea
C Singapura
D Jepun


15 Kadar kelahiran rendah di negara Jepun dan Singapura kerana
I taraf hidupnya tinggi
II dasar perancangan keluarga
III pemakanan sempurna
IV kepercayaan agama

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


16 Apakah faktor yang menyebabkan kadar pertumbuhan penduduk di negara China rendah?

A Kekurangan makanan
B kepercayaan agama
C kekurangan kemudahan perubatan
D dasar kerajaan


17 Antara berikut, faktor manakah menyebabkan kadar kelahiran di beberapa negara di Asia tinggi?
I Galakan daripada kerajaan
II Peningkatan taraf hidup pendidikan
III Kejayaan program perancangan keluarga
IV Taraf kesihatan meningkat

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


18 Langkah yang manakah dijalankan oleh beberapa negara di Asia untuk meningkatkan kualiti hidup penduduknya ialah
I mewujudkan petempatan setinggan
II membuka kilang di kawasan petempatan
III meningkatkan kemudahan sosial
IV melaksanakan revolusi hijau

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D I dan IV


19 Pernyataan yang manakah menerangkan fungsi sebuat bandar dalam hubungannya dengan desa?
I Pusat pasaran barangan
II Pusat Perkhidmatan
III Membekalkan tenaga buruh
IV Membekalkan bahan mentah

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV


20 Antara berikut, pasangan manakah menerangkan bandar dan masalah urbanisasi yang dihadapi?
I Tokyo-pencemaran udara
II Bombay-kekurangan buruh
III Jakarta-kesesakan penduduk
IV Hong Kong-kekurangan rumah

A I, II dan III
B I, II dan III
C I, III dan IV
D II, III dan IV


21 Langkah yang dijalankan oleh beberapa negara di Asia untuk meningkatkan kualiti hidup penduduknya ialah
I mewujudkan petempatan setinggan
II membuka kilang di kawasan petempatan
III meningkatkan kemudahan sosial
IV melaksanakan revolusi hijau

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

  • Tumbuhan berakar panjang
  • Mempunyai ranting berduri
  • batangnya berongga dan berlendair

22 Kawasan yang dikaitkan dengan pernyataan di atas ialah

A Dataran Tinggi Korat
B Dataran Tinggi Deccan
C Gurun Thar
D Lembangan Tigris


23 Pernyataan yang manakah benar menerangkan kepentingan hutan?
I Bahan sumber tenaga janakuasa
II Membekalkan kayu kayan
III Habitat pelbagai spesies
IV Menjadi kawasan tadahan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

  • Gabungan tiga buah bandar konurbasi
  • penduduknya melebihi 19 juta orang

24 Pernyataan di atas merujuk kepada bandar

A Singapura
B Tokyo
C Tehran
D Bangkok

  • Rumah dibina di cerun bukit yang ditebuk
  • Suhu dalam rumah sekitar 18C
  • Kawasannya bertanih loes

25 Pernyataan di atas merujuk ke kawasan

A Dataran Tinggi Deccan
B Dataran Tinggi Xizang
C Dataran Tinggi Korat
D Dataran Tinggi Huang Tu

  • Petempatan amat terhad
  • Pembinaan rumah pangsa meluas
  • Terdapat penduduk tinggal di atas sampan

26 Pernyataan di atas dikaitkan degan bandar

A Hong Kong
B Madras
C Tokyo
D Jakarta


27 Pernyataan yang manakah menerangkan kesan daripada lebihan penduduk di Asia?
I Pengangguran
II Setinggan
III Bencana alam
IV Pencemaran

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


28 Aktiviti utama penduduk nomad di Gurun Arab ialah
I memburu binatang
II bercucuk tanam
III menternak binatang
IV berdagang

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV


29 Antara berikut yang manakah amalan pertanian yang menghalang kejadian hakisan tanah?
I Tanaman berteres
II membina parit dan tali air
III membajak mengikut kontur
IV menanam tanaman tutup bumi

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


30 Pernyataan manakah benar menerangkan Sungai Huang He, China?
I sering banjir
II sungai terpanjang di negaranya
III mengalir air berwarna kuning
IV memusnahkan harta penduduk

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


31 Sumber mineral yang dilombong di kawasan Pergunugan Ural, CIS ialah
I bauksit
II bijih besi
III arang batu
IV bijih timah

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


32 Mengapakah suhu di bandar lebih panas berbanding dengan luar bandar?
I Bangunan konkrit
II iklimnya berbeza
III kenderaan bermotor
IV banyak kilang

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

  • Filipina
  • Indonesia
  • Jepun

33 Faktor yang manakah menyebabkan perkapalan pesisir pantai penting bagi negara di atas?

A Bersifat kepulauan
B Lebih cepat
C Pantai berteluk
D Lebih murah

  • Negara Thai - Tamrai
  • Filipina - Caingin

34 Antara berikut yang manakah dikaitkan dengan senarai di atas?
I kawasan tanamannya luas
II diusahakan di kawasan pedalaman
III merupakan pertanian pindah
IV terdapat kemudahan pengairan

A I dan II
B II dan III
C III dn IV
D I dan IV


35 Jalan kereta api 'Trans Siberia" yang terpanjang di Asia menghubungkan bandar

A Moscow-Vladivostok
B Shanghai-Tehran
C Moscow-Singapura
D Hanoi-Tokyo


36 Antara berikut yang mnakah menerangkan kepentingan sumber air sungai kepada penduduk benua Asia?
I Menghasilkan tenaga geo termal
II Menjana kuasa hidroelektrik
III Menjadi jalan perhubungan
IV Mengairi kawasan pertanian

A I,II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

  • Anshan-Fushan
  • Gurun, Malaysia
  • Damodar, India

37 Senerai di atas dikaitkan dengan industri

A membina jentera berat
B membina kapal
C industri petrokimia
D besi dan keluli

  • Tiang kalsit
  • Stalagmit
  • Stalagtit

38 Bentuk bumi di atas terdapat di kawasan

A gua batu kapur
B gurun
C pergunungan
D delta sungai


39 Jalan darat yang dibina di kawasan pergunungan pedalaman benua Asia dikenali sebagai

A Genting Klang
B Terusan Suez
C Trans Siberia
D Genting Khyber


40 Apakah kesan keadaan langit cerah dan kekurangan awan di kawasan gurun panas?
I Hujan kurang
II Panas melampau waktu siang
III Ribut pasir berlaku
IV waktu malamnya sejuk

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


41 Antara berikut, bandar manakah berkembang kerana fungsinya sebagai pelabuhan?
I Delhi, India
II Baghdad, Iraq
III Jurong, Singapura
IV Osaka, Jepun

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV


42 Lapangan terbang antara yang tersibut di Asia ialah
I Chek Lap Kok, Hong Kong
II Tokyo, Jepun
III Colombo, Sri Lanka
IV Changi, Singapura

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


43 Pengangkutan keratapi menjadi pengankutang utama di negara

A India
B Korea
C Jepun
D Negara Thai


44 Terusan yang memendekkan perjalanan laut antara benua Asia dengan Eropah ialah

A Terusan Mississippi
B Terusan Wan Mat Saman
C Terusan Suez
D Terusan Panama


45 Antara berikut, sungai manakah tidak dapat dimudiki pada musim sejuk?
I Ganges
II Chang Jiang
III Ob
IV Lena

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV


46 Pernyataan berikut menerangkan industri pembuatan kereta di Jepun kecuali

A Mendapatkan pengecualian cukai
B Jaringan sistem pengangkutan baik
C Kemudahan import dan eksport
D Berpenduduk padat


47 Apakah kesan aktiviti industri perkilangan di Asia terhadap alam sekitar?
I Pencemaran udara
II Kenaikan suhu
III Hujan batu
IV Hujan Asid

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


48 Purata pengeluaran hasil tanaman sehektar di Jepun lebih tinggi berbanding negara lain di Asia kerana
I menggunakan baja kimia
II menjalankan pertanian giat
III saiz ladangnya luas
IV menggunakan teknologi modem

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


49 Sektor pertanian sukar dimajukan di kawasan Asia Barat Daya kerana
I muka bumi berhutan tebal
II tanihnya tidak subur
III baka berkualiti rendah
IV iklimnya yang panas

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV


50 Pernyataan yang manakah menerangkan usaha-usaha meningkatkan hasil perikanan di Asia?
I Menggalakkan penerokaan laut dalam
II menggunakan pukat tunda di pinggir pantai
III menjalankan perikanan akuakultur
IV membina banyak tukun tiruan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV


51 Faktor yang menggalak perkembangan sektor perikanan di negara Jepun ialah
I arus lautan menghasilkan plankton
II penduduknya ramai menjadi nelayan
III kapalnya berteknologi tinggi
IV pantainya berteluk-teluk

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV