|
|
|
Tanjung |
 |
- Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli.
- Tanjung terbentuk di bahagian batuan keras yang tahan hakisan ombak
|
| Teluk |
|
Terbentuk di kawasan pinggir pantai yang mempunyai susunan batuan keras dan lembut yang berselang-seli.
Teluk terbentuk di bahagian batuan lembut yang dihakis oleh ombak.
|
 |
|
Tebing Tinggi |
 |
- Terbentuk apabila ombak menghakis kaki cerun tebing pantai semasa air pasang
- Apabila batuan atau lekukan yang terbentuk runtuh, maka tebing tinggi terbentuk.
|
| Pentas Hakisan Ombak |
- Merupakan bentuk muka bumi yang terbentuk berlanjutan daripada pembentukan tebing tinggi
- Hakisan ombak yang berterusan menyebabkan tebing tinggi mengundur dan membentuk pentas hakisan ombak di kaki tebing tinggi tersebut.
|
 |
|
Gua |
 |
- Merupakan kesan hakisan ombak di tanjung tinggi
- Hakisan tersebut akan menghakis batuan di tebing pantai dan membentuk gua laut.
|
| Gerbang Laut |
- Terhasil daripada hakisan gua laut
- Hakisan ombak yang berterusan dan menembusi dinding dua buah gua laut yang bertentangan akan membentuk gerbang laut
|
 |
|
Batu Tunggul |
 |
- Terhasil akibat tindakan penggondolan terhadap gerbang laut
Apabila bumbung gerbang laut runtuh, batu tunggul terbentuk.
|
| Tunggul Sisa |
- Batu tunggul yang terhakis akan membentuk tunggul sisa secara lambat-laun.
- Tunggul sisa hanya boleh kelihatan ketika air laut surut.
|
 |
|
Gloup |
 |
- Ombak yang sesekali memukul bumbung gua tebing tinggi boleh membesarkan rekahan-rekahan yang terdapat di dalamnya.
- Hakisan yang berterusan akan membentuk lubang yang menembusi bumbung gua yang dikenali sebagai gloup
- Gloup juga dikenali sebagi lohong ombak
|
| Geo |
- Bumbung gua yang runtuh akibat hakisan ombak yang berterusan akan membentuk sebuah anak teluk yang panjang dan sempit
- Bentuk muka bumi tersebut dikenali sebagai geo
|
 |
| Anak Tanjung |
 |
Merupakan permatang berupa tanduk yang dibentuk oleh pemendapan pasir di hujung teluk atau muara sungai.
- Anak tanjung menganjur ke laut manakala bahagian hujungnya bersambung dengan pinggir pantai.
- Juga dikenali sebagai tetanjung
|
|
Lagun |
- Merupakan kesan pembentukan anak tanjung yang paling ketara
- Lagun ialah kawasan perairan yang terlindung oleh tetanjung (anak tanjung)
|  |
| Beting Pasir |
 |
- Merupakan penimbunan pasir yang merentangi sesebuah teluk
- Beting pasir terbentuk sama ada selari dengan garisan pantai atau bersudut tepat dengannya.
|
| Tombolo |
- Merupakan sejenis beting pasir yang bersudut tepat dengan garisan pantai
- Tombolo menyambungkan pulau kepada daratan.
|
 |
|
Pantai Ria |
 |
- Terbentuk apabila lurah sungai ditenggelami oleh air laut.
|
| Pantai Dalmatia |
- Terbentuk apabila lembah-lembah banjaran yang selari dengan pantai ditenggelami oleh air laut.
- Kemuncak sebahagian gunung yang tenggelam akan membentuk pulau-pulau
|
 |
|
Pantai Fiord |
 |
- Merupakan gabungan kesan hakisan glasier dan pemendapan ombak.
- Terbentuk apabila lurah bentuk "U" akibat hakisan glasier ditenggelami oleh air laut.
- Banyak terdapat di negara-negara Scandinavia, terutamanya Norway.
|
|