TAHUKAH ANDA: Pantai fiord merupakan ciri bentuk muka bumi utama di pantai Norway.

selamat datang...

Kami mengalu-alukan kedatangan anda. Kami, pelajar Tingkatan Tiga SM All Saints yang baru mengharungi PMR, telah bersekongkol dalam usaha kami untuk membuka minda bakal pelajar yang akan bersemuka dengan keperitan sebegini. Geografi Umum Tingkatan Tiga merupakan neraka realiti bagi sebahagian besar pelajar, maka kami berhasrat untuk membetulkan tanggapan negatif tersebut.


Sejarah Pembuatan Laman Web

20 November 2001 - Selasa

"Thank God It's...Tuesday!" Akhir juga kami telah menutup tirai projek ini. Setelah sebulan terumbang-ambing dalam kemalasan setelah PMR habis, terpaksa juga kami habiskan projek ini...dengan keputusan yang mungkin luar biasa sikit...


Promosi Sekolah Menengah All Saints

KOTA KINABALU, 27 Jan 2003 - SM All Saints baru sahaja menyambut ulang tahun ke-100nya pada tiga hari yang lepas dari 25 hingga 27 Jan 2003.

Sempena sambutan tersebut telah dilangsungkan dua acara secara besar-besaran - Pameran 100 Tahun Sekolah pada 25 dan 26 Januari 2003 serta Konsert 100 Tahun Sekolah pada 27 Januari 2003. Kedua-dua aktiviti ini telah dihadiri ramai dan nama baik sekolah tetap dijaga melalui aktivit-aktiviti tersebut.

Pihak sekolah berharap sambutan meriah sebegitu dapat ditujukan juga kepada acara-acara sambutan 100 tahun yang seterusnya, iaitu Hari Food 'n Fun Fair pada penghujung bulan April serta Thanksgiving Service pada 01 November 2003, iaitu Hari All Saints.