TAHUKAH ANDA: Pantai fiord merupakan ciri bentuk muka bumi utama di pantai Norway.

TAHUKAH ANDA: Pantai fiord merupakan ciri bentuk muka bumi utama di pantai Norway.

TAHUKAH ANDA: Pantai fiord merupakan ciri bentuk muka bumi utama di pantai Norway.

log laman web

Selama proses penghasilan projek laman web sebegini, kami telah sentiasa menyimpan sebuah buku log yang menunjukkan kemajuan projek terkini. Berikut ialah log kerja dan usaha yang telah kami curahkan dalam masa projek dihasilkan.


20 November 2001 - Selasa

"Thank God It's...Tuesday!" Akhir juga kami telah menutup tirai projek ini. Setelah sebulan terumbang-ambing dalam kemalasan setelah PMR habis, terpaksa juga kami habiskan projek ini...dengan keputusan yang mungkin luar biasa sikit...

19 November 2001 - Isnin

Hari sebelum hari "target" penyiapan segala usaha projek kami. Kami telah memasuki peringkat terakhir, iaitu penyuntingan dan pencarian kesalahan tatabahasa serta ketidaksamaan fakta. Kami menjangka akan bekerja sampai lewat malam semata-mata untuk memenangi hadiah lumayan yang diidam-idamkan.

20 November 2001 - Jumaat

Laporan pasukan: Semua maklumat bertulis telah siap dikumpul, ditaip dan disunting oleh keluarga Chan. Selain itu, gambar-gambar yang dapat kami cari telah siap direkod dan dipindah masuk komputer Nicholas.

Pada ketika ini, kami telah merasa janggal menggunakan Internet untuk mencari maklumat dan gambar foto berkenaan disebabkan hampir semua maklumat yang terdapat adalah dalam bahasa Inggeris. Tambahan pula, penterjemahan kosa kata dan bahasa teknikal bidang Geografi dan Geologi juga susah diperoleh. Itulah penyebab masalah terutama bagi pihak kumpulan kami.

12 November 2001 - Isnin

Pada hari yang indah ini, kami berjumpa lagi untuk bertukar pendapat serta membahagi tugas. Oleh kerana hanya Nicholas mempunyai mesin CD-Burner, maka dia terpaksa menyandang jawatan penyunting serta pusat pengumpulan maklumat terakhir. Lee Pey Hwo dan Khor Han Wei pula berfokus kepada pengumpulan maklumat bergambar manakala adik-beradik Chan ditugaskan untuk menyediakan segala maklumat dan soalan-soalan yang dikira penting.

5 November 2001 - Isnin

Pada hari yang mulia dan memberangsangkan ini, kami telah berazam menghasilkan satu projek courseware untuk pertandingan WCDD (Webpage and Courseware Design) yang dianjurkan oleh pihak KKIP Com Sdn Bhd dan Sabah.Net. Tawaran hadiah yang lumayan dan juga minat yang kian hari kian membara di kalangan ahli kumpulan telah mendorong kami untuk berbuat demikian.

Setelah melantik ahli-ahli pasukan kami - dalam turutan abjad, mereka ialah Chan Su Yi, Chan Yin Keen, Khor Han Wei, Lee Pey Hwo dan Nicholas Pang - kami telah memulakan proses pencarian dan pengumpulan maklumat serta data yang diperlukan dalam penghasilan projek kami ini. Tema yang telah kami pilih ialah "Geografi Umum - Bentuk Muka Bumi".