TITIK PERMULAAN
HAKISAN ANGIN
PEMENDAPAN ANGIN
TINDAKAN AIR
Lekukan Layangan Angin
  • Lekukan yang terbentuk apabila layangan dan pusaran angin merendahkan permukaan bumi dengan melayangkan bahan-bahan yang gembur.
  • Batuan lembut terhakis sehingga sampai ke paras air bawah tanah
  • Air yang mengalir keluar di permukaan bumi akan membentuk oasis atau paya di lekukan layangan angin ini.

Menara Batu
  • Terbentuk apabila hakisan lelasan angin berlaku di lapisan batuan lembut.
  • Terutamanya di bahagian bawah batuan

Zeugen
  • Terbentuk apabila lapisan batu keras berselang-seli dengan batuan lembut secar mendatar
  • Bahan lembut tersebut dihakis oleh lelasan dan luluhawa angin
  • Maka rabung-rabung selari dihasilkan

Yardang
  • Terbentuk apabile lapisan batuan lembut dan batuan keras berselang-seli secara menegak
  • Bahan lembut tersebut dihakis oleh lelasan dan luluhaa angin
  • Rabung-rabung batuan keras selari terhasil.

Mesa & Bat
  • Dataran tinggi (penara) yang terpencil
  • Bat ialah mesa yang terhakis

Kanyon
  • Terdapat di antara mesa
  • Terbentuk oleh hakisan angin dan air

Inselberg
  • Merupakan sisa bukit terpencil
  • Meninggi dari permukaan bumi yang rata

Ventifak
  • Batu kelikir dan batu tongkol yang permukaannya dirata dan dilicinkan oleh geselan angin.

Dreikanter
  • Batu kelikir dan batu tongkol yang permukaannya dirata dan dilicinkan oleh geselan angin.

Barkhan
  • Bukit pasir yang berbentuk bulan sabit
  • Terbentuk akibat penimbunan pasir ke atas sesuatu penghalang.

Seif
  • Juga dikenali sebagai bukit pasir selari
  • Berbentuk rabung panjang
  • Selari dengan arah tiupan angin
  • Terbentuk akibat pelurusan tanduk barkhan apabila angin bertiup secara serong.

Tanih Loes
  • Terbentuk apabila bahan halus atau debu yang dilayangkan dari kawasan gurun tertimbun di kawasan berhampiran.
  • Berwarna kuning, peroi
  • Sesuai untuk pertanian

Kipas Aluvium
  • Kawasan rendah di kaki bukit
  • Mempunyai timbunan bahan-bahan hakisan seperti serpihan batuan, batu kelikir, dan pasir.

Bajada
  • Terbentuk apabila beberapa kipas aluvium bercantum.

Pedimen
  • Dataran mendap bercerun landai di kaki bukit.

Playa
  • Juga dikenali sebagai salina atau syot.
  • Tasik masin atau tasik sementara yang terbentuk di lembah kering

Wadi
  • Lurah sungai sementara
  • Kering dengan dasar yang rata dan bertebing curam.