|
|
|
Kori |
 |
- Lekukan yang terbentuk apabila glasier menghakis secara ragutan di dasar bongkah ais pada cerun gunung
- Tasik kori terbentuk apabila air bertakung dalam lekukan tersebut
|
| Rabung Aret |
- Rabung tajam antara dua kori yang bersebelahan
- Terbentuk daripada sisa batuan setelah dua kori tersebut menghakis bersendirian tetapi menyebelahi antara satu sama lain
|
 |
|
Puncak Piramid |
 |
- Puncak yang terbentuk apabila beberapa kori membelakangkan satu sama lain
|
| Lurah Berbentuk "U" |
- Terbentuk oleh proses hakisan glasier yang giat pada tebing dan dasar lurah
|
 |
|
Lurah Gantung |
 |
- Cawangan glasier senantiasa menghakis dengan kadar yang lebih lambat daripada glasier utama.
- Apabila kedua-dua cawangan glasier dengan glasier utama menambahkan kadar hakisan di lurah glasier utama, dasar lurah cawangan glasier akan terpenggal di bahagian atas lurah
- Ini akan menyebabkan glasier berada jauh di atas dasar lurah glasier utama
|
| Tangga Batu |
- Merupakan dasar lurah yang bertingkat-tingkat
- Terbentuk apabila dasar lurah utama menerima ais yang lebih banyak daripada cawangan glasier
|
|
Tasik Berjajar |
 |
- Merupakan tasik di dasar lurah utama
- Terbentuk apabila glasier-glasier cawangan cair dan bertakung di dasar lurah utama
|
| Susuh Bukit Terpenggal |
- Susuh bukit akan terhakis semasa pergerakan glasier di kawasan lurah.
- Pergerakan tersebut akan menghasiklan bentuk muka bumi tersebut
|
|
Roche Moutonnee |
 |
- Merupakan sisa anak bukit yang dihakis oleh glasier di kawasan tanah pamah
- Hakisan geselan yang berlaku di bahagian hadapan yang menghadap pergerakan glasier menyebabkannya menjadi licin
- Hakisan regutan yang berlaku di bahagian belakang yang merupakan kawasan lindungan glasier menyebabkannya menjadi curam
|
| Terjal |
- Juga dikenali sebagai kreg
- Terjal merupakan batuan keras dan bercuram tinggi yang menghadap arah pergerakan glasier di tanah pamah
- Terjal melindungi batuan lembut di bahagian belakangnya daripada dihakis oleh glasier
|
 |
|
Ekor |
 |
- Merupakan bahagian cerun landai yang termendap di bahagian belakang terjal
- Terhasil akibat hakisan ke atas puin-puin batuan dan seterusnya pemendapan cerun landai tersebut
|
| Morain |
- Merupakan bahan-bahan terhakis yang dimendapkan oleh glasier di kawasan tanah pamah
- Halaju glasier akan menurun secara mendadak lalu meninggalkan bahan-bahan pemendapan yang dikenali sebagai morain
|
 |
|
Dataran Lanar Batu Tongkol |
 |
- Merupakan kawasan pemendapan morain dan bentuk-bentuk muka bumi pemendapan glasier yang lain.
- Juga dikenali sebagai til
|
| Eratik |
- Merupakan batu tongkol yang dibawa dari kawasan yang lain
- Terdiri daripada bahan-bahan yang amat berlainan daripada bahan batuan asal di kawasan itu
- Mempunyai berbagai-bagai saiz
|
 |
|
Esker |
 |
- Merupakan permatang pasir atau kelikir yang panjang, berbelit-belit dan sempit.
|
| Drumlin |
- Merupakan anak bukit berbentuk bujur telur
- Terdiri daripada lanar batu tongkol
|
 |
|
Morain Hujung |
 |
- Terdiri daripada puin-puin kasar yang membentuk bukit-bukit kecil
- Morain hujung dimendapkan di kawasan hujung liputan dataran lanar batu tongkol
|
|
Dataran Lanar Ais |
- Terdapat di bahagian hadapan dataran lanar batu tongkol
- Merupakan kawasan mendapan bahan-bahan halus yang dibawa oleh glasier yang cair
- Dataran ini dipenuhi oleh bentuk-bentuk muka bumi seperti delta-delta sungai ais cair, kames (anak bukit pasir dan kelikir yang berbentuk bulat) dan tasik cembung.
|  |
|