1. Kitar karbon merupakan proses pengambilan,penggunaan dan pengembalian karbon (dalam bentuk karbon dioksida) dalam atmosfera secara berterusan.
  2. Kitar karbon bermula dengan pengikatan gas karbon dioksida oleh tumbuhan hijau melalui proses fotosintesis.
  3. Haiwan yang makan tumbuhan,memperolehi unsur-unsur karbon daripadanya.
  4. Apabila tumbuhan dan haiwan mati, tumbuhan dantubuh haiwan akan mereput.
  5. Pereputan yang dilakukan oleh bakteria dan kulat dalam tanah membebaskan karbon dioksida.
  6. Pembakaran bahan-bahan api yang mengandungi karbon seperti arang batu dan petroleum juga membebaskan karbon dioksida.
  7. Semasa pernafasan,kesemua tumbuhan dan haiwan membebaskan karbon dioksida.
  8. Jadi,proses-proses seperti pereputan,pembakaran dan pernafasan diseimbangkan oleh fotosintesis.