Kursus Halaman Utama

Kursus PraPerkhidmatan

 

 

Kursus Perguruan Lepas Ijazah (2 Semester)

Latihan selama 1 tahun untuk membolehkan pemegang ijazah sarjana muda dalam bidang bukan pendidikan untuk menjadi guru-guru sekolah menengah. Opsyen-opsyen yang ditawarkan termasuk pengajian Matematik, Sains, Bahasa Malaysia, TESL, Geografi dan Sejarah.Tempoh pengajian bagi program ini ialah satu tahun iaitu 2 (dua) semester.

 

Syarat Kemasukan

  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya dari Institusi Pengajian Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara yang diiktiraf kerajaan.
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM / SPM(V) dan lulus Ujian Lisan atau lulus Kertas Khas Bahasa Melayu di peringkat universiti tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu peringkat SPM / SPM(V) dengan syarat lulus Ujian Lisan.
  • Memperoleh surat pengiktirafan ijazah daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sekiranya memiliki ijazah dari institusi pengajian tinggi luar negara.


Kelayakan Tambahan

  • Mempunyai ijazah yang sesuai dengan bidang pengajian yang dipohon seperti yang terkandung dalam e-Panduan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI). Ijazah yang tepat dengan bidang yang dipohon, akan diberi keutamaan.
  • Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 35 tahun pada atau selepas 1 Januari 1969 semasa memohon mengikuti kursus KPLI.


Visi, Misi & Falsafah Pendidikan / Piagam Pelanggan / Sejarah / Lokasi / Logo / Organisasi / Kursus / Kemudahan / Kalendar / Koleksi Ilmiah

 
Halaman Utama

PENAFIAN
Institut Perguruan Gaya tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta Terpelihara© 2007 Laman Web oleh Institut Perguruan Gaya.