Program Kursus Pendek
Kelolaan Institut Perguruan (KPKI)
Program ini dilaksanakan oleh Institut Perguruan Gaya dengan kerjasama
Jabatan Pelajaran Negeri Sabah sejak tahun 1998 merupakan salah satu
wadah utama Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk memberi peluang kepada
guru-guru sekolah untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan. Pelaksanaan
program tersebut juga diharap dapat membantu mengeratkan lagi hubungan
kerjasama dan permuafakatan di antara pihak institut perguruan dengan
pihak sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah, Pejabat Pelajaran Gabungan
dan Jabatan Pelajaran Negeri dalam usaha mempertingkatkan profesionalisme
keguruan di Sabah khususnya dan di Malaysia amnya.