(a) memiliki kelulusan SPM/SPM(V)/SPVM
dengan sekurang-kurannya 5 (lima) kepujian dalam satu sijil atau
gabungan 2 (dua) sijil serta memenuhi syarat-syarat berikut:
(i) kepujian Bahasa Melayu atau prinsipal Bahasa
Melayu di peringkat STPM;
(ii) kepujian yang ditetapkan bagi mata pelajaran Major;
(iii) kepujian yang ditetapkan bagi mata pelajaran Elektif;
(iv) 2 (dua) kepujian mata pelajaran yang lain selain (i), (ii)
dan (iii);
(v) lulus Matematik;
(vi) lulus Bahasa Inggeris; serta
(vii) bagi Pengajian Teknikal, syarat bagi mata pelajaran elektif
ialah kepujian dalam mana- mana matapelajaran teknikal.
ATAU
(b) memiliki Sijil Penuh STPM dalam
satu sijil atau gabungan 2 (dua) sijil dalam tempoh 3 (tiga) tahun
berturut-turut dan memiliki sekurang-kurangnya 4 (empat) kepujian
di peringkat SPM/SPM(V)/SPVM serta memenuhi syarat-syarat berikut:
(i) kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V)/SPVM atau prinsipal
Bahasa Melayu di peringkat STPM;
(ii) kepujian yang ditetapkan bagi mata pelajaran Major di peringkat
SPM/SPM(V)/SPVM atau prinsipal di peringkat STPM;
(iii) kepujian yang ditetapkan bagi mata pelajaran Elektif di
peringkat SPM/SPM(V)/SPVM atau prinsipal di peringkat STPM;
(iv) 1 (satu) kepujian mata pelajaran yang lain selain (i), (ii)
dan (iii);
(v) lulus Matematik;
(vi) lulus Bahasa Inggeris.
Bagi pengkhususan Pengajian Cina
dan Pengajian Tamil, di samping syarat kelayakan di para 3, kelonggaran
juga diberi kepada pemohon yang memenuhi syarat berikut:
(a) Memiliki SPM / SPM(V) / SPVM dengan sekurang-kurangnya
5 (lima) kepujian termasuk:
(i) lulus Bahasa Melayu;
(ii) memiliki kepujian Bahasa Cina / Bahasa Tamil;
(iii) memiliki kepujian yang ditetapkan bagi mata pelajaran Elektif;
(iv) memiliki 3 (tiga) kepujian mata pelajaran yang lain selain
(i), (ii) dan (iii);
(v) lulus Matematik; serta
(vi) lulus Bahasa Inggeris.
(Pemohon ini jika ditawarkan berkursus hendaklah
memperoleh kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM sebelum tamat
berkursus)
ATAU
(b) Memiliki SPM / SPM(V) / SPVM dengan sekurang-kurangnya
4 (empat) kepujian termasuk;
(i) memiliki kepujian Bahasa Melayu;
(ii) memiliki kepujian Bahasa Cina / Bahasa Tamil;
(iii) memiliki kepujian yang ditetapkan bagi mata pelajaran Elektif;
(iv) memiliki 1 (satu) kepujian mata pelajaran yang lain selain
(i), (ii) dan (iii);
(v) lulus Matematik; serta
(vi) lulus Bahasa Inggeris.