|
Kursus Dalam Perkhidmatan
|
Kursus Dalam
Perkhidmatan 6 Minggu Conversion (Matematik dan Sains)
Kursus ini bertujuan untuk memberikan latihan formal kepada guru-guru
bukan opsyen Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik yang sedang mengajar
matapelajaran-matapelajaran tersebut untuk beberapa tahun. Kursus ini
mempunyai kurikulum yang mengambil kira pengalaman guru-guru tersebut
sebagai guru terlatih dalam bidang matapelajaran yang lain. Dengan itu
fokus utama kursus ini ialah untuk meningkatkan lagi kemahiran guru-guru
tersebut dari segi pedagogi dan kefasihan mereka mengguna Bahasa Inggeris
dalam pengajaran dan pembelajaran mereka di kelas nanti. Kursus ini mengutamakan
pengalaman yang dibawa oleh guru-guru tersebut dan memberi peluang untuk
mereka berfikir secara kritikal tentang kaedah yang mereka guna dalam
kelas.
|
|