|
Kursus Dalam Perkhidmatan
|
Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu
Kursus jangka pendek 14 minggu untuk melatih guru memajukan kemahiran
mereka dalam sesuatu bidang.
Kursus Dalam Perkhidmatan (TESL) 14 Minggu
Kursus ini dianjurkan oleh Bahagian Pendidikan Guru sebagai tindak
balas kepada saranan Kementerian Pelajaran Malaysia yang merasakan
bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris terutama di sekolah
di luar bandar adalah kurang memuaskan. Fokus utama kursus
ialah untuk meningkatkan kemahiran para peserta kursus agar
mereka dapat melaksanakan tugas sebagai guru Bahasa Inggeris
dengan lebih yakin dan cekap. Kursus ini adalah program 14
minggu; 12 minggu waktu interaksi dan 2 minggu praktikum khas
di sekolah.
Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Guru Bimbingan Sekolah Menengah Dan
Rendah
Kursus ini bertujuan untuk memenuhi kekurangan perjawatan guru-guru
bimbingan di sekolah-sekolah seluruh negara. Selain itu, kursus
ini bertujuan untuk memberikan kemahiran tambahan dalam aspek
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah kepada guru-guru
kaunseling yang bukan dari opsyen kaunseling.
Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu Pra Sarjana Muda Pengajaran Kementerian
Pelajaran Malaysia & Open University Malaysia (KPM-OUM)
Kursus ini adalah langkah pertama dalam usaha untuk menaiktarafkan
taraf kelayakan guru-guru terlatih bukan siswazah.
Peserta kursus akan mengikuti kursus persediaan ini sepenuh
masa sebelum layak mengikuti kursus sarjana muda sepenuhnya.
|
|