Jurnal Ilmiah   Koleksi Ilmiah Halaman Utama

Keluaran 6 (1999)

 

Kandungan

Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Guru Pelatih Terhadap Alam Sekitar - Tan Poh Choo, Law Saw Yin & Lee Kim Chong

An Investigative Look Into Supervisory Practice To Improve Personal Performance - Gertrude Jock

Proposed Framework For Initiating Information Technology (IT) Into Primary Science Education - Ng Kee Chuan

Reliability and Validity of Cooperative Learning Survey Instrument - Jeya Velu

Pembelajaran Koperatif (PK) di Kalangan Peserta PKPG (MT) - Jeya Velu, Lam Saw Yin, Ng Kee Chuan & Sopiah Abdullah

Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Program Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) di Maktab Perguruan Sabah - Marina Bte Malek

"Partnerships" and School-Based Education - A Possible Model For Malaysia Teacher Education ? - Goh Lay Huah

 

 

Abstrak

Pengetahuan, Sikap dan Tingkah Laku Guru Pelatih Terhadap Alam Sekitar

Tan Poh Choo, Lam Saw Yin & Lee Kim Chong

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan dua asas tentang pengetahuan, sikap dan tingkah laku guru pelatih dari lapan buah maktab perguruan di Sabah dan Sarawak terhadap alam sekitar. Persepsi 285 responden tentang pengetahuan, sikap dan tingkah laku diukur dengan instrumen yang dibina oleh Tan (1997). Statistik deskriptive diperoleh untuk pengetahuan, sikap dan tingkah laku guru pelatih terhadap alam sekitar. Temu bual dijalankan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor pengetahuan alam sekitar guru pelatih adalah sederhana manakala skor sikap dan tingkah laku adalah agak psoitif dan menggalakkan. Guru pelatih berpendapat bahawa pihak yang paling bertanggungjawab untuk melindungi alam sekitar adalah setiap individu; punca utama untuk memperoleh maklumat alam sekitar adalah melalui media elektronik; masalah alam sekitar yang paling serius di Malaysia dan di dunia mengikut persepsi mereka adalah kemalangan jalan raya dan penipisan ozon, manakala masalah alam sekitar yang paling dibimbangkan oleh mereka ialah penipisan ozon. Implikasi kajian terhadap perkembangan kurikulum pendidikan alam sekitar di Malaysia turut dibincangkan.[Kandungan]

 

An Investigative Look Into Supervisory Practice to Improve Personal Performance

Gertrude Jock

Abstrak

Investigating personal practice needs a more in-depth study and more personalized publicity. This study proposes a simple investigative look into personal practice to ensure the development of the person in many aspects: intellectually, emotionally and profesionally.[Kandungan]

 

Proposed Framework For Initiating Information Technology (IT) into Primary Science Education

Ng Kee Chuan

Abstract

In this paper, I have proposed an approach to initiate the use of information technology (IT) into primary science education. A pragmatic approach is taken which involves two phases. Phase I encompasses IT skills which the science teacher will find useful even in his own work. This involves the study and use of word processing, desktop publishing, spreadsheets and databases with the students incorporating it in their investigative science endeavours. This is done through what I call purposeful activities and suggestions of such activities are included. Phase II which requires additional hardware is introduced at a later time and includes the use of data logging and control technology. A resource of science topics with IT applications is also included in the appendix.

Dalam kertas ini, saya mencadangkan suatu pendekatan untuk memperkenalkan penggunaan teknologi maklumat (TM) ke dalam pendidikan sains di sekolah rendah. Pendekatan yang pragmatik ini melibatkan dua fasa. Fasa I termasuk kemahiran TM yang berguna kepada guru dalam kerjayanya sendiri. Ini termasuk pembelajaran dan penggunaan pemprosesan kata, penerbitan atas-meja, dan hamparan data yang pelajar-pelajar akan mengintegrasikan dalam usaha penyiasatan sains mereka. Usaha ini akan dilakukan melalui apa yang saya panggil aktiviti yang bertujuan dan syor-syor untuk aktiviti-aktiviti ini diberi. Fasa II yang memerlukan perkakasan tambahan akan diperkenalkan lebih lambat dan termasuk penggunaan "data logging" dan teknologi kawalan. Satu sumber topik-topik sains dengan penggunaan TM juga dimasukkan sebagai lampiran. [Kandungan]

 

Reliability and Validity of Cooperative Learning Survey Instrument

Jeya Velu

Abstrak

Suatu instrumen untuk mengukur Persepsi Terhadap Pembelajaran Koperatif telah dibina oleh empat orang pengkaji di Maktab Perguruan Gaya. Instrumen ini telah dinilai kebolehpercayaan dan kesahannya dengan menggunakan perisian komputer SPSS 9.05 untuk Windows. Didapati koeffisien reliabiliti Alpha adalah 0.9356. Kesahan konstruk diukur dengan analisis faktor telah mengekstrak tujuh faktor dalam pembelajaran koperatif ini. Analisis serta kajian lanjutan disarankan untuk mengenalpastikan unsur-unsur Pembelajaran Koperatif.[Kandungan]

 

Pembelajaran Koperatif (PK) di Kalangan Peserta PKPG (MT): Satu Tinjauan

Jeya Velu, Lam Saw Yin, Ng Kee Chuan & Sopiah Abdullah

Abstrak

Kajian ini bertujuan mengenalpasti persepsi 56 orang peserta PKPG(MT) tentang Pembelajaran Koperatif. Soalselidik yang terdiri daripada 26 item telah di tadbirkan sebelum dan selepas pelaksanaan Pembelajaran Koperatif semasa tutorial mingguan Matematik. 34 buah jurnal responden yang ditulis sepanjang masa kajian serta empat refleksi pensyarah yang terlibat telah dianalisa. Ujian t menunjukkan perbezaan yang signifikan antara persepsi responden pra dan pasca kajian. Namun begitu, min persepsi responden terhadap PK adalah tinggi. Peserta juga menyatakan bahawa kekangan masa dan tempat serta konflik dalaman kumpulan sebagai masalah yang boleh menjejaskan keberkesanan pembelajaran koperatif.[Kandungan]

 

Penilaian Keberkesanan Pelaksanaan Program Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) di Maktab Perguruan Sabah

Marina Bte Malek

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk menilai keberkesanan program Gerko Pergerakan Puteri Islam Malaysia di maktab-maktab perguruan di Sabah. Penilaian dibuat menggunakan Model CIPP oleh Stufflebeam 1971 (dari Ward Mitchell Cates, 1990). Model CIPP (1971) melihat kepada empat dimensi iaitu Dimensi Konteks, Dimensi Input, Dimensi Proses dan Dimensi Produk. Soal selidik digunakan untuk tujuan ini dan dibentuk berdasarkan model CIPP. Soal selidik diedarkan sendiri di tiga buah maktab di Sabah oleh pengkaji dan rakan-rakan di maktab masing-masing.Seramai 83 pelatih yang mengembalikan soal selidik ini. Kebolehpercayaan soal selidik berdasarkan setiap dimensi dalam model CIPP adalah melebihi 0.7 (pekali 0.719). Statistik deskriptif seperti frekuensi, min, median dan sisihan piawai digunakan untuk tujuan kajian ini. Hasil kajian mendapati bahawa, dari segi dimensi konteks, kerelevanan objektif PPIM dengan Falsafah Ilmu Kurikulum PPIM menunjukkan keberkesanan. Begitu juga dari segi kesediaan guru pelatih untuk melibatkan diri dalam program ini. Dari segi dimensi input, didapati keyakinan pensyarah penasihat mengajar, kemahiran dan pengetahuan pensyarah, peralatan bengkel, kemudahan, jadual waktu, peruntukan kewangan, latihan dan sokongan pentaadbir juga mencukupi dan berkesan. Akhir sekali, dari segi dimensi proses dan produk juga memperlihatkan keberkesanan.[Kandungan]

 

"Partnership" and School-Based Education - A Possible Model for Malaysian Teacher Education ?

Goh Lay Huah

Introduction

Malaysia implements the smart school project aimed at producing individuals who are informed, energetic and thoughtful (Perkins, 1992:7). To achieve this aim, we need trained teachers, who are able to apply in their teaching the five generic skills central to the Malaysian smart school concept: information technology skills, critical and creative thinking skills, learning skills, evaluation and assessment skills, and facilitator skills.

The Teacher Training Division in the Ministry of Education constantly adapts its Teacher Training programme (based on the aims and aspirations of the National Philosophy of Education and the Teacher Education Philosophy) to suit the needs of such changing times. It is presently looking to involve schools in a balanced professional partnership and mentoring in ITT, with a view towards producing beginning teachers who, having experienced mentoring during teaching practicum, would in turn have acquired enough mentoring skills to become good facilitators for our students in the smart schools.[Kandungan]

 

Visi, Misi & Falsafah Pendidikan / Piagam Pelanggan / Sejarah / Lokasi / Logo / Organisasi / Kursus / Kemudahan / Kalendar / Koleksi Ilmiah

 
 
 
 
Halaman Utama

PENAFIAN
Institut Perguruan Gaya tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta Terpelihara© 2007 Laman Web oleh Institut Perguruan Gaya.