Jurnal Ilmiah   Koleksi Ilmiah Halaman Utama

Keluaran 5 (1998)

 

Kandungan

Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua Sekolah Efektif Dan Kurang Efektif - Tan Poh Choo

Helping Trainees To Be Better Teachers Through KKB - Gertrude Jock & Clara Anselmus

Mengatasi Kesilapan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama Dan Kedua - Marina Bte Malek

The Teacher As Researcher: Some Personal Viewpoints - Goh Lay Huah

Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Oleh Pelatih Opsyen Pengajian Cina - Kung Juk Len, Khoo Tau Kian & Tan Giak Huang

 

 

Abstrak

Tingkah Laku Kepimpinan Pengetua Sekolah Efektif Dan Kurang Efektif

Tan Poh Choo

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan tingkah laku kepimpinan pengetua yang diukur oleh persepsi guru di sekolah efektif dan sekolah kurang efektif ditentukan oleh pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam. Persepsi guru berhubung tingkah laku kepimpinan pengetua diukur dengan instrumen yang dibina oleh Springer (1996). Kajian ini merangkumi 80 orang guru dari 16 buah sekolah dan data dikumpul daripada guru-guru melalui soal selidik.

Data kuantitatif dianalisis berasaskan min skor komponen serta min setiap item dalam komponen tersebut dan jadual frekuensi 2-hala untuk membandingkan dua kategori pengetua ini berdasarkan komponen-komponen tingkah laku kepimpinan pengetua. Temu bual dijalankan untuk mendapat maklumat tambahan untuk membantu menjelaskan fenomena yang diperolehi dari analisis statistik. Keputusan keseluruhan menunjukkan terdapat perbezaan tingkah laku kepimpinan pengetua di sekolah efektif berpencapaian tinggi dan sekolah kurang efektif berpencapaian rendah. Komponen yang tidak menunjukkan perbezaan yang nyata ialah penyeliaan/penilaian. Implikasi untuk amalan dan saranan untuk kajian juga dibincangkan
.[Kandungan]

 

Helping Trainees To Be Better Teachers Through KKB

Gertrude Jock & Clara

Abstract

The Semester 4 Kerja Kursus Berportfolio (KKB) for the English option features self-inquiry. This study aims to investigate whether the KKB helps to develop English option trainees' awareness and commitment in meeting teaching and learning challenges.[Kandungan]

 

Mengatasi Kesilapan Penggunaan Kata Ganti Nama Diri Orang Pertama Dan Kedua

Marina Bte Malek

Abstrak

Kajian ini bertujuan melihat keberkesanan teknik latih tubi bagi mengatasi kesilapan guru pelatih semasa menggunakan kata ganti nama diri orang pertama dan kedua dalam frasa ayat pasif. Kajian ini dijalankan kepada 20 orang guru pelatih PAPM Semester V. Mereka merupakan kumpulan opsyen Pengajian Melayu dan Agama yang akan menamatkan pengajian mereka pada tahun 1999. Sebagai guru pelatih opsyen Pengajian Melayu, sewajarnya penggunaan bahasa di kalangan guru pelatih ini adalah baik. Namun begitu terdapat masalah kesilapan bahasa terutamanya dalam penggunaan kata ganti nama diri di atas yang seolah-olah tidak disedari oleh mereka sedangkan penggunaan dan pembinaan ayat pasif telah dipelajari sejak di sekolah rendah. Malahan masalah yang sama juga didapati di kalangan guru-guru bahasa dan pihak media hingga timbul variasi terhadap struktur fasa pasif dan menjadi ikutan pelajar. Masalah ini tidak boleh dipandang ringan terutamanya oleh guru-guru bahasa kerana pelajar yang menduduki peperiksaan akan menjadi mangsa kesilapan ini. Tambahan pula satu bentuk bahasa standard sukar direlisasikan jika faktor tatbahasa dan penggunaannya tidak mangikut struktur yang tepat dan terdapat pelbagai variasi pula. Oleh itu teknik yang dirasakan paling sesuai untuk mengelakkan kesilapan ini daripada terus berulang adalah penggunaan teknik latih tubi.[Kandungan]

 

The Teacher As Researcher: Some Personal Viewpoints

Goh Lay Huah

Abstract

This is a review exercise of the following four articles, relating to the teacher as researcher: Allwright, D. (1993). Integrating Research and Pedagogy: Appropriate Criteria and Practical Possibilities; Johnston, Rita & Badley, Graham (1996). The Competent Reflective Practitioner; Lawn, M. (1989). Being Caught in Schoolwork: The Possibilities of Research in Teachers' Work; Zeicher, K.M. (1993). Action Research: Personal Renewal and Social Reconstruction. The review is made within the framework of the writer's personal experience as a teacher and teacher educator, and in the field of research. It was felt that the teacehr is in the best positin to carry out classroom research activities. Teaching is a dynamic career, and there is a need to be constantly aware of changing developments inside and outside the classroom that affect the children's learning. Towards this end, the habit of reflection, inquiry and research need to become the norm of practice.[Kandungan]

 

Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Oleh Pelatih Opsyen Pengajian Cina

Kung Juk Len, Khoo Tau Kian & Tan Giak Huang

Abstrak

Pelaksanaan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) oleh guru pelatih opsyen Pengajian Cina Diploma Pendidikan Malaysia (DPM) Ambilan Pertama (1996 - 1999) telah dijalankan semasa mereka menjalani praktikum III di sekolah-sekolah rendah kebangsaan Cina di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 30 orang guru pelatih (29 wanita & 1 lelaki) telah menyempurnakan soal selidik (yang digubal oleh pasukan Penyelidik Bahagian Pendidikan Guru, 1997) mengenai 'tahap pemahaman dan penguasaan kemahiran KBKK' dan 'keadaan pelaksanaa kaedah KBKK'. Empat orang guru pelatih daripada kumpulan ini telah ditemubual (temubual berstruktur) dan pemerhatian semasa pengajaran di bilik darjah telah dilakukan. Dapatan kualitatif mengesahkan dapatan soal selidik dan cadangan-cadangan untuk penyampaian KBKK di Maktab Perguruan Gaya. Selain itu, cadangan-cadangan untuk pihak sekolah juga dibincangkan.[Kandungan]

 

Visi, Misi & Falsafah Pendidikan / Piagam Pelanggan / Sejarah / Lokasi / Logo / Organisasi / Kursus / Kemudahan / Kalendar / Koleksi Ilmiah

 
 
 
 
Halaman Utama

PENAFIAN
Institut Perguruan Gaya tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta Terpelihara© 2007 Laman Web oleh Institut Perguruan Gaya.