Jurnal Ilmiah   Koleksi Ilmiah Halaman Utama

Keluaran 4 (1997)

 

Kandungan

Kajian Mengenai Penempatan, Tugas Mengajar dan Tugas Gerakerja Kokurikulum Unit Beruniform Untuk Para Guru Lepasan Maktab Perguruan Gaya, Sesi Disember 1994 - Jun 1997 - Kamal D.E. Quadra & Ong Puay Hoon

Ke Arah Meningkatkan Kefahaman Murid Tahun 5 Mengenai Konsep Isipadu Melalui Kaedah "Cooperative Learning" - Mozidah Hamzah

Kemampuan Gerak Di Kalangan Guru Pelatih DPM Semester 3 Berhubung Dengan Pengajian GERKO Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu - Mohd. Farid Abdullah

The Effectiveness Of Introducing Action Research Into English Optionists' Practicum - V. Vijaya Raj & Gertrude Jock

Belajar Untuk Masteri Dengan Rancangan Keller (Learning For Mastery With Keller's Plan) - Ong Puay Hoon

Gerak Gempur Sains Dan Matematik: Satu Tinjauan Tentang Kesan Ke Atas Pelajar - Vincent Pang & Ho Chong Mun

Soroton Budaya - Mantera Dan Jampi Serapah Suatu Warisan Tradisi Masyarakat - Abdul Rahim Abdul Rashid

 

 

Abstrak

Kajian Mengenai Penempatan, Tugas Mengajar dan Tugas Gerakerja Kokurikulum Unit Beruniform Untuk Para Guru Lepasan Maktab Perguruan Gaya, Sesi Disember 1994 - Jun 1997

Kamal D.E. Quadra & Ong Puay Hoon

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk melihat padanan hasil Maktab Perguruan Gaya dengan keperluan sekolah-sekolah dari segi penempatan di sekolah-sekolah sama ada sekolah rendah atau menengah dan jenis tugas mengajar guru-guru lepasan maktab ini. Selain daripada ini, tinjauan juga dibuat untuk melihat dalam Gerakerja Kokurikulum Unit Beruniform guru-guru tersebut di sekolah masing-masing.

Hasil kajian menunjukkan padanan yang baik dari segi tugas mengajar di mana 89.9% guru-guru mengajar jenis mata pelajaran pengkhususan mereka di maktab. Sedikit 'mismatch' yang wujud membawa implikasi kepada peri pentingnya ketetapan projeksi maklumat mengenai keperluan tenaga akademik oleh sekolah-sekolah agar jenis latihan pra-perkhidmatan perguruan yang dijalankan oleh institusi/maktab perguruan di Malaysia dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Implikasi kepada kolaborasi antara bahagian- bahagian Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat, keperluan latihan dalam dan kehilangan motivasi guru-guru juga dibincangkan.[Kandungan]

 

Ke Arah Meningkatkan Kefahaman Murid Tahun 5 Mengenai Konsep Isipadu Melalui Kaedah "Cooperative Learning"

Mozidah Hamzah

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada kaedah "Cooperative Learning" yang digunakan memberi kesan terhadap pemahaman murid mengenai konsep isipadu. Kajian ini telah dilaksanakan di salah sebuah sekolah rendah yang berhampiran dengan Maktab Perguruan Gaya. Bilangan murid yang dipilih ialah 28 orang dalam satu kelas tahun 5. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data ialah melalui ujian (pra-ujian dan pos-ujian), pra dan pos-analisis digunakan secara kuantitatif. Didapati bahawa kaedah "Cooperative Learning" memberi kesan terhadap pembelajaran murid.[Kandungan]

 

Kemampuan Gerak Di Kalangan Guru Pelatih DPM Semester 3 Berhubung Dengan Pengajian GERKO Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu

Mohd. Farid Abdullah

Abstrak

Penglibatan pelatih-pelatih di dalam GERKO maktab adalah sangat penting dalam proses pembelajaran olahraga dan permainan. Lebih banyak ilmu dan pengetahuan dipelajari, lebih mantap lagi mereka semasa mereka mengajar di sekolah-sekolah nanti. Penglibatan dalam olahraga dan permainan juga berhubung rapat dengan kemampuan gerak.
Kemampuan gerak secara efisien adalah dasar awal yang diperlukan untuk penampilan olahraga dan permainan yang terampil. Ia juga akan menentukan kecenderungan pemilihan permainan yang diminati.

Dari hasil pengamatan penulis di maktab, didapati di dalam pemilihan jenis permainan, golongan kaum Cina akan memilih permainan yang berbeza dengan golongan kaum Bumiputra. Oleh itu, penulis ingin mengetahui apakah kemampuan gerak satu kaum yang menentukan perbezaan pemilihan jenis-jenis permainan. Metode yang digunakan dalam penelitian ini adalah metode deskriptif dengan teknik survey. Sampel yang digunakan adalah pelatih- pelatih kaum Cina dan pelatih-pelatih kaum Bumiputra. Instrumen utama penelitian ini adalah Ujian Halangan Kinestetik (Kinestatic Obstacle Test) yang dicipta oleh Johnson (1966).

Dari hasil analisis data yang dilakukan, diperolehi jawapan bahawa tidak ada perbezaan kemampuan gerak yang signifikan di antara kedua-dua golongan kaum tersebut. Oleh yang demikian, penulis berpendapat semua pelatih di Maktab Perguruan Gaya harus didedahkan dengan seberapa banyak jenis permainan semasa mereka menuntut di maktab ini.[Kandungan]

 

The Effectiveness Of Introducing Action Research Into English Optionists' Practicum

V. Vijaya Raj & Gertrude Jock

Abstract

Action Research encourages reflective and critical thinking in an individual's practice. This study aims to promote and suggest implementation strategies of Action Research into trainees' practicum.[Kandungan]

 

Belajar Untuk Masteri Dengan Rancangan Keller (Learning For Mastery With Keller's Plan)

Ong Puay Hoon

Abstrak

Artikel ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman terhadap pelaksanaan Rancangan Keller dalam kursus Ilmu Pendidikan dalam dua buah maktab perguruan yang berlainan. Rancangan ini telah mendatangkan kesan-kesan positif kepada guru-guru pelatih seperti membantu mereka membuat ulangkaji dan persediaan untuk peperiksaan dan merangsang interaksi dengan pensyarah dan rakan-rakan.

Walaupun media yang telah digunakan hanya berdasarkan bahan cetakan (buku teks, nota kuliah, dokumen-dokumen rasmi dan surat-surat perkeliling), potensi yang amat besar yang wujud dalam integrasi media elektronik dalam Rancangan Keller dibincangkan.
[Kandungan]

 

Gerak Gempur Sains Dan Matematik: Satu Tinjauan Tentang Kesan Ke Atas Pelajar

Vincent Pang & Ho Chong Mun

Abstrak

Tinjauan ex post facto ini dijalankan untuk meninjau kesan-kesan Gerak Gempur Matematik dan Sains (GGSM) pada tahun 1996. Tinjauan melibatkan seramai 172 responden dari tiga buah sekolah di Bahagian Pantai Barat Selatan, Sabah. Hasil kajian telah menunjukkan terdapat beberapa kesan positif di samping peningkatan dalam keputusan mata-mata pelajaran sains teras, matematik, kimia, fizik, biologi dan matematik tambahan dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Selain daripada peningkatan minat matematik, kajian juga mendapati GGSM telah meningkatkan minat pelajar dalam mata-mata pelajaran sains. Pelajar-pelajar juga telah dapat menggunakan pengetahuan mata-mata pelajaran ini dalam kehidupan harian mereka. hasil kajian juga menunjukkan pelajar-pelajar telah mendapati GGSM dapat meningkatkan penghayatan, penguasaan dan prestasi mereka dalam mata-mata pelajaran sains dan matematik ini.[Kandungan]

 

Soroton Budaya - Mantera Dan Jampi Serapah Suatu Warisan Tradisi Masyarakat

Abdul Rahim Abdul Rashid

Abstrak

Kepercayaan kepada membaca mantera, jampi dan serapah masih diamalkan oleh masyarakat sekarang yang diwarisi atau diperturunkan daripada generasi ke generasi hinggalah sekarang. Setiap ungkapan daripada bacaan mantera atau jampi serapah mengandungi unsur kesaktian. Konsep jampi mantera atau jampi serapah dipengaruhi oleh agama Hindu yang memberi tanggapan bahawa mantera, jampi dan serapah itu adalah kata-kata suci dan pantang digunakan secara sembarangan. Hakikat inilah ingin ditinjau penggunaannya pada masa sekarang dan mengapa kepercayaan kepada perkara seumpama itu masih menebal dan diamalkan serta dipercayai oleh masyarakat hari ini.[Kandungan]

 

Visi, Misi & Falsafah Pendidikan / Piagam Pelanggan / Sejarah / Lokasi / Logo / Organisasi / Kursus / Kemudahan / Kalendar / Koleksi Ilmiah

 
 
 
 
Halaman Utama

PENAFIAN
Institut Perguruan Gaya tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta Terpelihara© 2007 Laman Web oleh Institut Perguruan Gaya.