Jurnal Ilmiah   Koleksi Ilmiah Halaman Utama

Keluaran 3 (1996)

 

Kandungan

Persepsi Guru Pelatih Terhadap Kualiti Pengajaran Pensyarah Pendidikan Islam: Tinjauan Khusus Di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu - Mohd Yusof Bin Alias

Enhancing English Language Learners' Independence Through Self-Access System - Kong Chung Mui

Amalan Penggunaan Aktiviti-aktiviti Kumpulan Oleh Guru Pelatih Dalam Pengajaran Matematik Semasa Praktikum I - Lee Bee Leng

Questioning Techniques Used By English Language

 

 

Abstrak

Persepsi Guru Pelatih Terhadap Kualiti Pengajaran Pensyarah Pendidikan Islam: Tinjauan Khusus Di Maktab Perguruan Gaya, Kota Kinabalu

Mohd Yusof Bin Alias

Pendahuluan

Kualiti pensyarah sering dipertikaikan jika terdapat sebilangan kecil guru Pendidikan Islam yang gagal menjalankan tugas pengajaran di bilik-bilik darjah dengan berkesan. Tidak kurang yang membanding kualiti guru-guru Pendidikan Islam latihan Maktab Perguruan Gaya dengan guru-guru Pendidikan Islam dari maktab-maktab lain di seluruh negara, khususnya maktab-maktab di Semenanjung. Perbandingan ini pasti akan melibatkan kualiti antara pensyarah-pensyarah di maktab-maktab di seluruh negara.

Ada pihak yang mengaitkan faktor usia dan pengalaman pensyarah sebagai punca utama. Ini jelas kerana pensyarah Maktab Perguruan Gaya adalah muda yang berusia di antara 28 hingga 35 tahun, berbanding dengan pensyarah Pendidikan Islam di maktab perguruan di Semenanjung yang rata-rata berusia melebihi 40 tahun.

Persoalan lain yang wujud ialah pensyarah-pensyarah Pendidikan Islam Maktab Perguruan Gaya terdiri daripada berbagai disiplin ilmu seperti usuluddin, syariah, bahasa Arab, tamadun Islam, Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah dan Pendidikan Islam. Apabila berada di maktab, pensyarah dikehendaki mengajar subjek yang bukan bidangnya.

Semenjak Jabatan Pengajian Agama ditubuhkan di Maktab Perguruan Gaya pada tahun 1989, lebih daripada 400 orang guru Pendidikan Islam telah dilatih dan kini berkhidmat di hampir semua sekolah rendah di seluruh negeri Sabah. Namun, belum ada kajian dilakukan untuk mengkaji kualiti pengajaran pensyarah-pensyarah Pendidikan Islam di maktab ini.[Kandungan]

 

Enhancing English Language Learners' Independence Through Self-Access System

Kong Chung Mui

Introduction

This article attempts to explore a few ideas on how learner independence may be enhanced through self-access learning activities in the Malaysian context. However, before such ideas are put forward, a number of terms and definitions need to be defined.[Kandungan]

 

Amalan Penggunaan Aktiviti-aktiviti Kumpulan Oleh Guru Pelatih Dalam Pengajaran Matematik Semasa Praktikum I

Lee Bee Leng

Abstrak

Tujuan kajian ini adalah untuk mengesan dan meninjau amalan penggunaan kaedah kumpulan dalam pengajaran pembelajaran matematik oleh guru pelatih pengkhususan sains dan matematik semasa menjalankan praktikum I di sekolah rendah.[Kandungan]

 

Questioning Techniques Used By English Language

No Abstract.[Kandungan]

 

Visi, Misi & Falsafah Pendidikan / Piagam Pelanggan / Sejarah / Lokasi / Logo / Organisasi / Kursus / Kemudahan / Kalendar / Koleksi Ilmiah

 
 
 
 
Halaman Utama

PENAFIAN
Institut Perguruan Gaya tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta Terpelihara© 2007 Laman Web oleh Institut Perguruan Gaya.