Piagam Pelanggan   Halaman Utama

 

Piagam Pelanggan ini hanya meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan pengurusan pendidikan guru praperkhidmatan.

Kami warga BPG dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji menumpukan tenaga dan usaha kami untuk:

  • Menyediakan unjuran pengambilan guru praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan bagi memenuhi keperluan sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia selewat-lewatnya tiga bulan sebelum tarikh iklan;
  • Memastikan pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan mulai hari pertama setiap semester selaras dengan perancangan yang telah disediakan;
  • Memaklumkan keputusan peperiksaan akhir kursus perguruan tujuh hari bekerja selepas mesyuarat Lembaga Peperiksaan Pendidikan Guru;
  • Menganugerahkan Diploma Perguruan Malaysia / Diploma Pendidikan kepada lulusan dalam tempoh satu tahun selepas keputusan peperiksaan akhir diumumkan;
  • Menyerahkan senarai nama pelajar semester akhir ke Jabatan dan Bahagian yang berkaitan untuk tujuan penempatan ke sekolah tiga bulan sebelum mereka menamatkan kursus;
  • Menyediakan guru permulaan yang
    • berkemahiran mengajar bidang pengkhususan masing-masing;
    • berkebolehan mengurus kokurikulum yang dipertanggungjawabkan;
    • mematuhi Etika Profesionalisme Keguruan.

 

Visi, Misi & Falsafah Pendidikan / Piagam Pelanggan / Sejarah / Lokasi / Logo / Organisasi / Kursus / Kemudahan / Kalendar / Koleksi Ilmiah

 

 
Halaman Utama

PENAFIAN
Institut Perguruan Gaya tidak bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini.

Hakcipta Terpelihara© 2007 Laman Web oleh Institut Perguruan Gaya.