-
Melaksanakan
pendaftaran pelajar mengikut prosedur pendaftaran bagi mewujudkan
sistem penyimpanan dokumen dan data pelajar yang sistematik dan
berkualiti, juga menjadikan pendaftaran sebagai tapisan terakhir
untuk pelajar yang layak didaftarkan.
-
Merancang
dan melaksanakan aktiviti pengurusan pelajar baru untuk meningkatkan
tahap kesediaan pelajar sebelum mengikuti program pendidikan keguruan
yang akan dilaksanakan di institut.
-
Melaksanakan
pengurusan penempatan kediaman pelajar dengan sistematik serta mematuhi
semua peraturan kediaman (asrama) yang telah ditetapkan.
-
Mengambil
tindakan tatatertib dan disiplin pelajar mengikut prosedur yang
ditetapkan di bawah Akta 174.
-
Merancang
dan melaksanakan program pengembangan dan khidmat kaunseling untuk
pelajar KDPM, KPLI dan Peserta Kursus KDP mengikut kaedah yang ditetapkan
dan seterusnya berupaya membantu pelajar meningkatkan potensi diri
ke arah membina masa depan yang cemerlang.
-
Memberi
taklimat peraturan institut & Akta 174 agar pelajar memahami
implikasi jika berlaku ketidakakuran terhadap mana-mana bahagian
peraturan dan akta yang dikuatkuasakan.
-
Mengedar,
menyemak dan menghantar maklumat pelajar semester akhir ke Bahagian
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia tiga bulan sebelum
sesi persekolahan bermula bagi tujuan penempatan ke sekolah.
Piagam
Pelanggan Jabatan
-
Melaksanakan
pendaftaran pelajar baru pendidikan keguruan secara terancang bagi
mewujudkan sistem penyimpanan dokumen dan data pelajar yang sistematik
dan berkualiti.
-
Merancang
dan melaksanakan aktiviti pengurusan pelajar baru ke arah meningkatkan
tahap kesediaan pelajar sebelum mengikuti program pendidikan keguruan
yang akan dilaksanakan di institut.
-
Memberi
taklimat peraturan institut dan Akta 174 semasa minggu pengurusan
pelajar-pelajar baru.
-
Mengembangkan
potensi pelajar secara menyeluruh di bawah pengurusan dan pelaksanaan
program pengembangan dan khidmat kaunseling.
-
Melaksanakan
proses pengurusan maklumat pelajar semester akhir yang lengkap dan
dihantar ke Bahagian Pendidikan Guru tiga bulan sebelum sesi persekolahan
bermula.
-
Melaksanakan
pengurusan penempatan pelajar di asrama dengan sistematik selaras
dengan peraturan asrama yang telah ditetapkan.
-
Mengambil
tindakan tatatertib terhadap pelajar yang engkar perintah mengikut
prosedur yang disediakan serta selaras dengan Akta 174.
-
Mengadakan
pemantauan kehadiran pelajar sama ada dalam perhimpunan atau di
bilik-bilik kuliah sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.
-
Mengumpul,
menyemak dan melaporkan rumusan kehadiran kuliah pelajar dalam mesyuarat
kelayakan calon menduduki peperiksaan.