PRAKATA ALU-ALUAN PENGERUSI PIBG
TUAN HJ UTOH SAID BIN HJ USBAH,ADK,BSK,PJK
YDP PIBG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya bersyukur kepada Allah Taala atas taufekan dan keizinannya untuk kesempatan mengucap syabas dan setinggi penghargaan kepada AJK Bistari dan pihak sekolah yang berjaya sekali lagi membawa Maktab Sabah ke dunia perkembangan teknologi secara global ini. 

Bagi pihak Ibu bapa saya mengucapkan tahniah kepada semua warga pendidik Maktab Sabah kerana kesungguhan dan kegigihan mereka yang berterusan meningkatkan kualiti dan prestasi warga pelajar perdananya.Saya berharap gandingan ibu bapa dan guru-guru dalam membentuk kecemerlangan akademik dan rohaniah pelajar akan terus dipertingkatkan dalam menghadapai era globalisasi. 

Proses pendidikan masa kini semakin mencabar dan penuh dengan persaingan menuntut kita terutamanya para pelajar mempersiapkan diri dalam pelbagai ilmu untuk menghadapi era IT. Dalam hal ini peranan PIBG amat penting untuk menjamin kecemerlangan pelajar  yang pada mereka kita letakkan suatu harapan yang tinggi bagi meneruskan perjuangan yang belum selesai ini. 

Insy Allah dengan berkat kerjasama padu antara ibu bapa dan guru maka saya percaya generasi pelajar dan sekuruh warga sekolah perdana Maktan Sabah ini akan mampu bersaing dan cemerlang dalam era pendidikan berteknologi tinggi masa kini dan akan datang. 

Akhir kata saya sekali lagi mengucapkan selamat maju jaya kepada semua warga Maktab Sabah. Semoga segala usaha dan cita-cita murni dalam semua bidang akan membuahkan hasil yang terbaik. 

SEKIAN

 
 
PIBG