Di Malaysia, jumlah jaringan jalan raya ialah sepanjang 25.6 ribu kilometer. Hal ini menunjukkan bahawa jaringan jalan raya di negara ini adalah antara yang agak padat di Asia Tenggara. Pertambahan kenderaan di jalan raya, keadaan jalan yang agak sempit dan kurang sistematik telah menyumbang ke arah kesesakan lalu lintas terutamanya semasa penduduk berulang-alik dari pejabat di kawasan bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching dan Kota Kinabalu.
Terdapat beberapa langkah telah dilaksanakan bagi mengurangkan kesesakan
lalu lintas di negara ini. Antaranya ialah dengan menggalakkan perkembangan
perkhidmatan pengangkutan yang mampu memberikan perkhidmatan pantas, cepat
dan cekap untuk manfaat penduduk. Misalnya, dengan penggunaan aliran transit
ringan (LRT), komuter dan laluan ekspress yang mampu mengurangkan kesesakan
lalu lintas di bandar-bandar besar. Pengurangan kesesakan ini berlaku apabila
penduduk menggunakan perkhidmatan yang menawarkan satu suasana perjalanan
yang cepat dan pantas.