AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU MAKTAB SABAH SESI 1998 - 2000
25041999    JOGATHON MAKTAB SABAH
                    Dianjurkan dengan jayanya bertujuan mendapatkan dana kewangan dalam usaha membantu
                    Maktab Sabah menyediakan 21 unit komputer.Jumlah kutipan kasar ialah RM 67,127.18.
                    Hasil kutipan juga digunakan membiayai program-program kecemerlangan Maktab Sabah.

18051999    MAJLIS MAKAN MALAM SAMBUTAN HARI GURU MAKTAB SABAH
                    Bertempat di Shangri La's Tanjung Aru Beach Resort, Kota Kinabalu. Diadakan untuk mengenang
                    dan menghargai jasa serta sumbangan pihak guru dalam menjayakan aktiviti PIBG dan sekolah.

20051999    CERAMAH MOTIVASI UNTUK CALON-CALON PMR, SPM, STPM MAKTAB SABAH.
                    Bertempat di Dewan Saadah Wisma Muis Kota Kinabalu dalam usaha meningkatkan peratusan
                    kelulusan dan menaikkan kembali kegemilangan Maktab Sabah.

30071999    MAJLIS PENYERAHAN KOMPUTER MAKTAB SABAH
                    Majlis disempurnakan oleh Datuk Seri Penglima Dr. Hj. Hasbullah ( Pengarah Pendidikan Sabah)
                    Sebanyak 21 komputer sumbangan PIBG telah disampaikan kepada pihak sekolah.

14111999    MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN DAN PELANCARAN SAYANGI MAKTAB
                    SABAH.
                    Bertempat di Pan Pasific Sutera, Kota Kinabalu. Majlis disempurnakan oleh YAB. Datuk Seri
                    Penglima Osu Bin Hj. Sukam. Majlis ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab staff. Ia bertujuan
                    menyemai perasaan dan sifat menyayangi Maktab Sabah di kalangan warga dan masyarakatnya.


PIBG