Tukar Paparan
     

Employability Skills

'Employability Skills' atau kemahiran kebolehkerjaan adalah penting kerana pekerjaan pada hari ini memerlukan pekerja yang fleksibel, inisiatif dan berkebolehan untuk menyelesaikan tugas yang berbeza. Pekerja bukan lagi hanya melakukan kerja yang tertentu sahaja seperti dahulu tetapi mereka secara umumnya lebih kepada berorientasikan perkhidmatan, bermaklumat dan mempunyai kemahiran sosial yang menjadi semakin penting. 'Employability Skills' adalah merujuk kepada kemahiran atau kualiti individu yang diperlukan oleh para majikan industri terhadap pekerja baru apabila mereka mula bekerja di sektor industri tersebut.

Majikan menganggap bahawa aspek kemahiran ini adalah satu aspek kompetensi pekerjaan yang harus diketahui dan dimiliki oleh setiap pekerja baru untuk membolehkan mereka menjadi seorang pekerja yang benar-benar terampil dan berkeupayaan tinggi dalam dunia pekerjaan sebenar yang mereka terokai.

Modul-modul

Senarai kemahiran kebolehkerjaan di dalam KPM mengandungi DUA BELAS elemen asas berkaitan kemahiran kebolehan bekerja bukan teknikal iaitu

Keselamatan di Tempat Kerja

Struktur Organisasi

Kerja Dalam Sistem

Budaya Tempat Kerja Dan Etika

Pengendalian Maklumat Asas

Fungsi Komunikasi

Masalah Pengendalian Asas

Aplikasi IT

Mengurus Aktiviti Kerja

Sistem Pengurusan

Pengendalian Maklumat

Bekerjasama Dengan Rakan Sekerja.

jadual waktu