Tarian-tarian suku kaum Di Sabah

    Penduduk Sabah terdiri daripada berbilang kaum, budaya dan agama dan dikatakan lebih dari 30 suku kaum terdapat di negeri ini. Suku kaum di Sabah mudah dikenali melalui kebudayaan dan cara hidup mereka. Salah satu cara untuk mengenali suku kaum di negeri ini ialah melalui tarian kebudayaan.Terdapat lebih kurang 80 jenis tarian terdapat di negeri Sabah dan kesemuanya merupakan identiti bagi setiap suku kaum. Setiap suku kaum memiliki beberapa jenis tarian kebudayaan yang diwarisi turun temurun. Banyak tarian yang masih popular sementara yang lain telah dilupakan begitu sahaja kerana peredaran zaman serta trend hidup rakyat Sabah yang kian berubah. Generasi baru yang tidak berminat dengan tarian kebudayaan adalah satu punca kepupusan tarian-tarian tersebut.

Tarian Sumazau (Kadazan)

Suku kaum Kadazandusun mudah dikenali dengan tarian Sumazaunya dan beberapa lagi tarian-tarian yang lain namun Sumazau sudah menjadi identiti yang tersendiri kepada suku kaum itu.

Sumazau diiringi oleh pukulan 8 biji gong yang berbagai ukuran dan satu gendang dengan rentak yang khusus. Tempoh dan rentak pukulan gong Sumazau adalah berbeza-beza mengikut daerah dan kampung.

Tangan penari-penari Sumazau seolah-oleh sayap burung terbang dengan langkah kaki yang khusus mengikut rentak pukulan gong. Tarian ini biasanya diadakan di majlis-majlis keramaian namun tujuan asal tarian ini ialah untuk menyambut kedatangan "Bambaazon" (semangat padi) yang biasa dilakukan selepas menuai padi.

Kini tarian Sumazau diadakan dalam banyak majlis keramaian seperti majlis-majlis perkahwinan, majlis-majlis keraian menyambut ketibaan orang-orang kenamaan namun kemuncak tarian sumazau ialah di perayaan Pesta Menuai yang dirayakan di negeri Sabah pada setiap bulan Mei.

Penari-penari Sumazau yang terdiri daripada kaum lelaki dan perempuan biasanya memakai pakaian serba hitam yang dihiasi dengan corak-corak menarik menggunakan benang berwarna emas. Penari perempuan dihiasi dengan selendang serta tali pinggang (tangkong) yang diperbuat daripada duit syiling perak (trade dollars). Penari lelaki biasanya akan memaki tanjak di samping pakaian serba hitam serta menyendang daun silad kering.

Tarian Brunsai (Bajau)

Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki.

Tarian Lansaran

Tarian Lansaran orang Bajau

Di majlis-majlis tertentu sumazau juga ditarikan oleh semua yang hadir dengan tidak mengira suku kaum dan peringkat umur bagi memeriahkan majlis tersebut tanpa memakai pakaian tradisional hitam.

Brunsai biasanya ditarikan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.

Tarian Brunsai biasanya dilakukan di atas lantai papan supaya hentakan kaki penari lelaki dapat mengeluarkan bunyi yang memberansangkan. Penari membuat barisan sambil berpegangan tangan antara satu dengan yang lain diikuti oleh barisan penari wanita di belakang juga berpegangan tangan. Penari lelaki yang terakhir di belakang berpegangan selendang dengan penari wanita di belakangnya, mereka membuat bulatan kecil sambil berjalan perlahan ke hadapan dan ke belakang sambil mengalunkan "kalang" dalam bahasa Bajau.

Alunan suara tinggi-rendah antara penari lelaki dan perempuan serta dengan hentakan kaki di atas lantai menyebabkan ahli penarinya menjadi begitu khyusuk sehinggakan masa menari sudah begitu lama dan tidak sedar malam akan berakhir.

Brunsai biasanya diadakan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari brunsai juga memakai pakaian khas yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang berwarna-warni.

Tarian Adai-adai (Brunei)

Adai-adai pula ialah tarian bagi suku kaum Brunei yang berdasarkan pada kehidupan kaum nelayan. Tarian ini merupakan cerita kumpulan nelayan pergi menangkap ikan di laut manakala kaum wanita menunggu kepulangan mereka di kawasan pantai untuk membantu mengutip hasil tangkapan yang akan diperolehi.

Tarian yang dilakukan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian japin yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang berwarna warni.

Suku kaum Murut amat terkenal dengan tarian lansaran. Tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring".

Di atasnya tarian lansaran dilakukan oleh kumpulan penari lelaki dan perempuan dengan pakaian tradisional warna hitam dan hiasan manik-manik yang berwarna-warni, kaum lelaki memakai topi berbulu burung serta pakaian diperbuat daripada kulit kayu bercampur kain berwarna.

Penari tarian ini membuat bulatan sambil melonjak-lonjak di atas lantai lansaran dengan diringi oleh bunyi hentakan susunan kayu bulat di bahagian bawah lantai lansaran, sambil itu penari lelaki akan melonjak ke atas untuk mencapai "kinkilat" yang digantung di bahagian atas sambil bersorak tanda gagah.

Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim antara mereka. Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.

Tarian Bolak-bolak (Suluk)

Tarian Bolak-Bolak adalah tarian suku kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan "gabbang" yang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian yang lain. Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian tradisional berwarna warni.

Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.

Tarian Daling-daling

Daling-daling

Suku kaum Suluk juga amat terkenal dengan tarian Daling-Dalingnya yang diiringi oleh pukulan "gabbang" dan gesekan biola dan nyanyian, kuku tiruan yang panjang dan bengkok ke belakang disematkan di sepuluh jari penari wanitanya. Liuk-lintuk badan, kaki serta pergerakkan kaki yang khusus penari-penarinya memperlihatkan keunikan tarian ini.

Pada masa yang akan datang ruangan ini juga akan memperkenalkan beberapa lagi tarian tradisional yang telah menjadi identiti kepada beberapa suku kaum yang terdapat di Sabah.
 

 

Tarian Mangunatip ( Murut)

    Selain itu, orang-orang Murut juga terkenal dengan tarian Lansaran serta Mangunatip yang penuh tenaga. Di kebanyakkan upacara keramaian, tarian-tarian ini lazim ditarikan kerana muziknya rancak serta bersimbolik. Semasa pesta menuai diadakan, penari-penari kaum Murut ini akan membuat persembahan di bandar-bandar sehingga menjadi suatu daya tarikan kepada para pelancong dalam dan luar negara. Walaupun terdapat sedikit sebanyak unsur tarian ini telah diubah namun makna serta gaya tariannya masih tidak terjejas. Tarian Mangunatip misalnya mempamerkan unsur kegagahan yang ada dalam kaum Murut serta bertujuan untuk memujuk roh-roh nenek moyang mereka agar dapat menjaga mereka. Penari-penari tarian ini menyelitkan gugusan padi yang sudah dituai dan juga kepala mangsa pada pinggang mereka.

   Gaya tarian Mangunatip ini juga amat unik serta mempesonakan dimana penari lelaki yang memegang parang akan melompat ke atas bambu yang disusun berselang-seli oleh penari-penari lelaki lain. Selepas itu, penari yang berada di atas itu ( dianggap sebagai seorang pemburu) akan menggunakan penyumpit (buluh yang dimasukkan sejenis sumpit) untuk memecahkan belon yang disediakan. Alunan muzik daripada gendang kulit serta somputon akan mengawal rentak tarian ini. 

Tarian Lansaran

 Tarian lansaran pula merupakan tarian yang agak bertenaga dan juga memenatkan. Tarian ini diadakan untuk tujuan menyambut hasil padi yang baik, perkahwinan dan juga sebagai menyambut tetamu. Biasanya lansaran ditarikan sehingga 2 hari lamanya secara beramai-ramai tidak kira tua atau muda. Para penari akan memijak lantai yang seolah-olah berspring seperti pada rajah dan selepas itu akan mempunyai rentak tersendiri. Tarian ini dapat mengeratkan perhubungan di antara kaum keluarga serta sahabat di samping menjadi suatu daya tarikan pelancong.

 

Tarian Sumundai(Rungus)

Tarian Sumundai ditarikan oleh orang-orang Rungus semasa upacara perayaan tertentu sahaja. Tarian ini biasanya ditarikan bagi menandakan perasaan syukur serta berterima-kasih kepada dewa sempena mendapat hasil tuaian padi yang baik. Kini tarian ini ditarikan dalam majlis tertentu seperti majlis perkahwinan serta upacarTarian Sumundaia keramaian.

 

Tarian Sumundai