Murut
                                 Tradisi dan kepercayaan
                                       Upacara perkahwinan

           Warga tua kaum Murut                          Kaum Murut merupakan antara suku kaum yang unik dan mencatatkan lebih kurang 3.0% atau 50,000 orang daripada penduduk Sabah. Kaum ini terdiri daripada banyak kumpulan yang menggunakan 15 jenis bahasa dan 21 dialek asal Murut. Namun demikian bahasa Murut  yang biasanya difahami ialah Taggal yang lebih menyerupai bahasa Kadazan Dusun. Elemen bahasa ini boleh ditemui di Visaya (di Sarawak), Brunei dan kaum Kelabit di Kalimantan. Bahasa Murut merupakan antara bahasa asli pulau Borneo yang masih kekal hingga kini. Pemuda Murut

Kaum etnik Murut boleh ditemui kebanyakkannya di Keningau, Tenom, Pensiangan, Kalabakan dan Kinabatangan. Ini menjadikan kaum Murut di antara kaum etnik minoriti Sabah. Walaupun begitu, penduduk berketurunan Murut juga boleh didapati di Brunei, Sarawak dan Kalimantan kesemuanya berdekatan sempadan kawasan tersebut. Bahasa kaum ini didapati digunakan oleh pelbagai suku kaum dan satu-satunya bahasa di Sabah yang mempunyai keistimewaan sebegitu. Kepelbagaian jenis 'sub-kaum' Murut ini sememangnya mengelirukan pelbagai pihak kerana masih banyak orang-orang Murut yang tinggal jauh di pedalaman. Kini, suku kaum ini telah berkembang maju dan sebuah parti khas kaum Murut telah ditubuhkan di Sabah untuk memperjuangkan hak mereka. 

 
Kanak-kanak kaum Murut sedang bermain Seorang perempuan tua sedang berkebun

 
 
   Rumah panjang Murut diperbuat daripada bambu atau buluh serta daun kering dari pokok tertentu. Rumah panjang ini dibina dalam keadaan memanjang mengikut jumlah keluarga dalam suatu kampung atau khas untuk ketua kampung serta orang-orang penting. Kini rumah panjang orang Murut tidak lagi banyak dibina kerana peredaran zaman moden.

 

 

 

Rumah panjang ini terdapat di Muzium negeri Sabah