Kaum Kadazan merupakan antara beberapa daripada kaum terbesar di Malaysia. Kadazan mempunyai beberapa dialek yang digunakan oleh Dusun atau Kadazan di Malaysia.Terdapat 50 bahasa kaum asli di Sabah, kesemuanya berasal daripada bahasa Austronesia. Pengguna bahasa-bahasa ini berbeza dari segi saiz iaitu daripada ratusan ke ribuan. Kebanyakan daripada bahasa ini dikategorikan kepada 4 sub kumpulan iaitu Bajau (Sama-Bajau), Dusun, Murut dan Paitan. Gadis-gadis remaja Kadazan

Walaubagaimanapun bahasa kadazan-dusun berasal daripada kumpulan Dusun. Kadazan atau Dusun merupakan kaum bumiputra terbesar di negeri Sabah. Sebenarnya terdapat suatu kumpulan etnik yang bersifat kolektif serta menggunakan bahasa yang sama dengan dialek berlainan. Malah kumpulan etnik Kadazan/Dusun ini mempunyai persamaan dari segi kebudayaan serta kepercayaan tradisional. Di dalam kumpulan etnik ini sendiri pula wujud 10 jenis sub bahasa yang mempunyai 30 dialeknya. Setiap daerah mempunyai dialek bahasa Kadazannya sendiri. Sesetengah daripada masyarakat kaum Kadazan lebih gemar menggunakan gelaran Dusun sebagai nama kaum mereka manakala masyarakat di Penampang atau Papar pula menggunakan nama kaum Kadazan.

Seorang kanak-kanak menunggang kerbau

        Kaum etnik ini merupakan antara orang-orang asli yang mengamalkan penanaman padi bukit(huma) serta padi biasa. Mereka menghuni bahagian Utara dan Barat Sabah serta beberapa daerah sekitar gunung Kinabalu terutamanya di bahagian Ranau, Keningau dan juga Beaufort. Orang Kadazan mengamalkan kepercayaan animistik serta semangat dalam setiap hidupan alam ini. Kebanyakkan orang Kadazan telah pun meninggalkan amalan ini kerana kedatangan agama Kristian dan Islam dalam kehidupan mereka. Segelintir golongan tua masih lagi mengamalkannya terutamnya mereka yang tinggal di pedalaman Sabah. Walaupun begitu, akibat arus pemodenan kini bilangan mereka sudah kian berkurangan. Orang Kadazan kini menjadikan amalan lalu hanya sebagai kenangan atau sebagai sebahagian daripada adat mereka sahaja dan tidak mengamalkannya secara serius.

        Di kebanyakkan daerah di Sabah, bomoh atau bobohizan masih lagi memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian orang Kadazan. Bobohizan adalah seorang bomoh perempuan yang terdiri daripada golongan yang sudah berumur dan mereka memainkan peranan dalam hal-hal kesihatan serta kerohanian sesetengah penduduk pedalaman. Kemahiran bomoh perempuan ini adalah dalam bidang perubatan di mana wanita yang sakit bersalin akan dibidankan mereka. Selain itu, boboh juga berfungsi sebagai pembimbing masyarakat Kadazan dari segi kerohanian serta mengingatkan mereka kepada adat-adat lama yang sudah menjadi warisan turun-temurun. Dalam perkahwinan, bobohizan juga menjadi pengantara dan juga menjadi ketua dalam memastikan majlis berjalan lancar. Walaupun begitu, peranan bomoh perempuan ini juga sudah kian berkurangan dalam kehidupan orang Kadazan sepertimana yang berlaku kepada adat-adat lama yang dahulunya dipegang mereka. Bilangan bobohizan dalam negeri Sabah juga tidak banyak dan apa yang membimbangkan adalah usia kebanyakkan daripada bomoh ini sudah lanjut.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM KADAZAN
 
                  pakaian_kadazan.jpg (15241 bytes) Pada amnya, perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi kaum Kadazan adalah sederhana berbanding dengan kumpulan etnik yang lain. Pakaian kaum lelaki menunjukkan pengaruh pakaian Cina. Terdapat tiga jenis blaus kaum wanita. Satu daripadanya ialah blaus lengan pendek yang dipakai oleh wanita muda. Satu lagi ialah blaus dengan lengan ¾ dipakai oleh wanita pertengahan umur untuk pakaian seharian. Jenis yang ketiga dipakai oleh wanita tua atau pakar ritual semasa sesuatu upacara.
Tekstil

Kain asas.   Fabrik komersial hitam; sutera atau baldu untuk upacara tertentu, kain kapas(teriko vernakular) untuk pakaian seharian.

Pakaian kaum wanita

Sinuangga’  Baju blaus lengan pendek dan leher berbentuk U dipakai oleh wanita muda. Mempunyai sulaman berwarna suramdi sepanjang lubang kepala dan lengan, dansepanjang jahitan tepi dan pertengahan belakang. Benang berwarna merah, kuning, dan krim digunakan.

Jahitan utama: sinusuk bulus (jahitan rantai), tantop (jahitan bulu). Teknik jahitan bulu juga digunakan untuk membuat binuunsi’, satu jalur merah dan kuning sempit yang ditenun seperti tali kasut.

Butang betawi dilingkar dengan tali di bahagian dalam. Ini dalah supaya butang ini dapat digunakan dengan blaus yang lain. Butang betawi pada satu masa dahulu dilekat sehingga ke leher baju untuk upacara tertentu dan separuh dari bahagian bawah blaus untuk pakaian seharian. Pada masa kini, tidak banyak perbezaan nya. Butang-butang ini diikat dari bahagian atas ke bawah blaus menggunakan benang kapas.

Butang perak Betawi yang disalut emas merupakan simbol status bagi kaum Kadazan Penampang. Sesiapa yang mampu mempunyai 30 butang dianggap kaya.

Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman. Biasanya dipakai di luar sinuangga’ seperti jeket apabila sipemakai keluar meninggalkan rumah. Pada hari ini, sinompukung biasanya dihias dan dipakai oleh wanita tua sebagai blaus dan bukan jaket seperti dahulu kala.

Kihongon Blaus dengan lengan panjang, di pakai oleh wanita tua dan spesialis ritual ataupun Bobohizan semasa sesuatu upacara. Sulamannya adalah sama dengan yang terdapat pada sinuangga’.

Simis – blaus dalam warna putih dibuat dari kain kapas. Kadangkala, kain tudung putih dimasukkan kedalam leher bentuk U.

Tapi Sarung panjang berbetuk silinder, dahulunya kain kapas hitam. Pada zaman sekarang, ia diceraikan denagn siring, perhiasan keemasan, di sepanjang paha, hadapan sarung, bersilang dengan satu jaluran perhiasan dari pinggang hingga ke bawah.

Aksesori

Himpogot Tali pinggang dibuat dari duit perak. Biasanya tiga di pakai bergantung kepada kekayaan pemakai, satu di keliling pinggang, dan dua lagi di atas dan di bawah tangkong.

Tangkong. Tali pinggul yang dibuat daripda 84 gelang tembaga berukir. Tiga tangkong dipakai bersama, diikat dengan tali ratan merah(hindagang), hitam(initom) . Tali ratan merah digunakan untuk wanita yang belum berkahwin dan hitam untuk wanita yang sudah berkahwin. Tali in biasanya di biarkan kosong di bahagian belakang untuk mengelakan dari sesak nafas.. Tangkong ini boleh di regangkan untuk berbagai tujuan, satu darinya ialah memudahkan seseorang membawa bakul di belakang.

Titimbak Pin rambut digunakan untuk menghias dan mengetatkan sanggul.

Tiningkokos Gelang lingkar dibuat dari tembaga atau perak

Gohong Gelang tembaga atau perak

Hamai Rantai leher

Simbong Subang

Paun Kerongsang dibuat dari duit syilling emas

Siga do bobohizan Dipakai oleh Bobohizan semasa sesuatu upacar ritual. Ia merupakan tengkolok penuh dengan hiasan daripada bulu burung merak atau turki. Bulu burung ini diikat dan dijahit keatas satu jalur kain yang lebar. Bulu ini memberi sokongan dan bentuk kepada tengkolok tersebut, yang mana kelihatan dari hadapan hampir ditutup oleh kain seperti kipas di kepala. Dari bahagian belakang, bulu-bulu ini hampir semua kelihatan. Jalur kain dimana bulu itu dilekatkan dihiasi dengan renda, sulaman dan manik-manik. Andavi do tandaa’ ataupun bulu panjang ayam jantan juga dijahit di hadapan kain tersebut. Hujung setiap bulu diikat dengan potongan kain yang berwarna-warni. Dari bahagian bawah kedua dua tepi tengkolok, dijahit beberapa lingkaran manik berwarna warni yang bergantung di bahagian hadapan/dada.. Tengkolok ini diikat dengan kain di belakang kepala. Tinggi tengkolok ini ialah kira-kira 1 ½ kaki. 

Husob Kain berwarna warni yang dipakai oleh bobohizan diatas bahu dan melintangi badan. Biasanya dua husob dipakai berselang-seli.


Pakaian lelaki

Gaung Baju lengan panjang tanpa sulaman. Pada masa sekarang, ia dihiasi dengan perhiasan dan butang emas.

Souva Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo. Perhiasan emas di sepanjang pinggang seluar moden.

Kaking atau toogot Bengkung pinggang hitam

Siga Penutup kepala dibuat dari kain dastar, dilipat atau dililit dalam beberapa cara yang istimewa: hinopung (hopung= ular sawa) model berpilin Kinahu (kahu’ = pemegang belanga) model berlipat sinimbitan atau tinahanuk, dimana satu tepi kecil terkeluar.

Tupi’ sinikat Topi bulat dibuat dari tali yang kuat dengan teknik lingkaran dan ikaat untuk menguatkan siga.