Pengenalan kepada negeri Sabah                                                                               

    Sabah, negeri yang kedua terbesar di Malaysia, terletak di utara pulau Borneo, pulau ketiga terbesar di dunia. Sabah meliputi kawasan seluas 72,500 kilometer persegi dengan pantai sepanjang 14,400 kilometer dengan Laut Cina Selatan terletak di pantai barat, Laut Sulu di sebelah timur laut dan Laut Selebes di sebelah selatan. Secara kasar, saiz negeri Sabah adalah sebesar saiz negara Ireland di Eropah. Ibukota negeri Sabah ialah Kota Kinabalu dan dahulunya dikenali sebagai Jesselton semasa zaman kolonialisme. Kota Kinabalu kini telah dinaiktarafkan kepada status bandaraya pada 2 Februari 2002.

Sabah dari pandangan satelit

Sabah dari pandangan satelit

    Dikenali dengan gelaran "Negeri Di Bawah Bayu" , Sabah bukan sahaja terkenal dengan keindahan semulajadi tetapi juga  dengan warisan budaya penduduknya. Sabah kaya dengan berbagai-bagai jenis tumbuhan. Bunga terbesar di dunia Rafflesia  dengan kuntumnya berukuran tiga meter garis pusat boleh ditemui di Sabah. Terdapat  pelbagai spesies anggerik/ orkid, periuk kera dan rhododendron pula didapati tumbuh di Sabah.

    Keadaan geografi Sabah berbukit - bukau malah  bergunung-ganang disilangi dengan sungai-sungai yang mengalir melalui lembah-lembah menerusi dataran tanah yang subur dan gua juga boleh ditemui di hutan-hutannya. Gunung Kinabalu, gunung  yang tertinggi di Asia Tenggara tersergam indah dengan ketinggian 4,059 meter.

 

G. Kinabalu dari depan ibu pejabat Taman Tunku Abdul Rahman Lembah Gully (di gunung Kinabalu)

Hutannya yang subur menghijau menjadi tempat lindungan bagi hidupan liar seperti badak sumbu Sumatra, orang utan, gajah, pelanduk, monyet, tupai terbang, rusa dan burung. Aktiviti pembalakan yang kurang terkawal telah pun memusnahkan kawasan hutan rimba yang amat luas semenjak 20 tahun yang lalu. Spesis-spesis flora dan fauna juga telah banyak menghadapi kepupusan di kawasan tertentu serta menjadi semakin sukar ditemui seperti yang berlaku kepada spesis bunga orkid dan juga beruang madu hitam Malaysia. Kawasan yangPandangan bandaraya Kota Kinabalu dari udara masih selamat untuk tumbuhan dan haiwan terancam hidup adalah dalam kawasan hutan simpan. Kawasan hutan simpan ini seperti Maliau Basin dan Hutan Simpan Raflesia adalah contoh hutan simpan yang ada di Sabah. Tempat ini secara langsung menjadi daya tarikan pelancongan serta kawasan kajian biologi yang penting baik dalam negara atau luar negara.

    Sabah juga dirahmati dengan penduduk berbilang kaum. Masyarakat aslinya terdiri daripada sekurang-kurangnya 30 kumpulan menggunakan lebih daripada 50 bahasa dan tidak kurang daripada 80 dialek. Kumpulan etnik yang utama adalah Kadazandusun (merupakan satu pertiga dari jumlah penduduk Sabah), Murut, Paitan, dan Bajau. Kumpulan penduduk asli yang lain termasuk Bonggi, Iranun, Ida'an dan Brunei. Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Dengan itu, Sabah adalah kaya dengan penduduk berbagai-bagai kaum dengan latarbelakang kebudayaan masing-masing. Keadaan politik Sabah di negara Malaysia adalah sangat rancak di mana parti-parti politik yang mewakili kaum-kaum etnik telah banyak ditubuhkan serta lantang dalam memberikan pendapat mereka.  

    Berdasarkan kepada penemuan arkeologi, Sabah telah diduduki oleh penghuni sekurang-kurangnya 28,000 tahun yang lalu. Islam sampai di Sabah menjelang akhir abad ke-5 dan ke-16 melalui pedagang Arab dan India dan juga hasil dari pengembangan kerajaan Kesultanan Melayu Brunei. Orang-orang Eropah datang ke Sabah dua abad kemudiannya. Dalam 1775, Syarikat Hindia-Timur British membuka kawasan perdagangan di Pulau Balembangan. Bagaimanapun, Sabah telah ditadbir dengan jayanya oleh Syarikat Berpiagam Borneo Utara British dari 1881 hingga 1942 apabila tentera Jepun menduduki negeri ini. Namun demikian, setelah Malaysia mencapai kemerdekaan sepenuhnya daripada pihak British pada 31 Ogos 1957 senario kehidupan rakyat Sabah berubah sama sekali.

    Selepas kemusnahan akibat peperangan, Sabah menjadi jajahan British sehingga tarikh rasmi 16 September 1963, iaitu setelah mencapai kemerdekaan sepenuhnya dari pihak British. Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia.

 

Pencarian maklumat khusus