Deskripi Botani

Nama Biasa : Padi

Nama Saintifik : Oryza sativa L.

Batang

Ruas berongga tegak , tinggi 30 - 150 cm .Bahagian buku batang dan ruas terdapat daun dan kudup yang boleh membesar menjadi anak padi .

Akar

Akar jenis serabut terdiri daripada tiga akar sulung dan akar luar biasa yang bercabang - cabang .

Daun

Setiap buku menghasilkan lai daun (10 - 20 helai daun ) . Daun pengasuh terletak paling atas di mana boleh didapati cuping atau upih daun.

Panikel (Tangkai Buah)

Panikel (Tangkai Buah) dikeluarkan di buku ruas yang paling atas. Mempunyai cabang utama, kedua dan ketiga di mana semasa berlaku pendebungan, tangkai berkeadaan tegak dan condong setelah berisi.

Bunga Padi (Spikelet)

Bunga padi (spikelet) mempunyai dua kelopak yang melindungi bahagian - bahagian dalam bunga.Padi adalah jenis hermaphrodite iaitu bunga jantan dan betina terdapat dalam satu bunga.

Floret

Terdiri daripada permukaan yang keras iaitu lemma dan palea dan diantaranya terdapat bunga lengkap yang terdiri daripada enam stamen, satui pistil dan dua lodicule.

Biji Padi

Terdiri daripada ovari yang masak, lemma dan palea, anak jentu (rachilla), lemma mandul dan janggut jika didapati.

Pendebungan

Pendebungan sendiri (self pollination).

Varieti yang disyorkan oleh Jabatan Pertanian ialah Bagu Batang,Seri Pandasan, MR159, MR73, TR7.

Keperluan Agroklimatik

Suhu: 20 ◦c - 33 ◦c

Taburan hujan: 200 - 300 mm/bulan

Jenis tanah: Tanah liat, tanah liat berkelodak, tanah liat peroi, tanah gembur pasir.

pH tanah: 5.5 - 6.5

Penyediaan Ladang

Rumpai perlu dibasami sebelum pembajakan piring dilakukan. Parit, saliran dan pematang perlu diperbaiki. Selepas membajak piring, tanah dibajak putar bagi menghancurkannya. Permukaan tanah diratakan untuk menstabilkan paras air keseluruhan ladang.

Penyediaan Biji Benih

Biji benih pra-cambah disediakan untuk penanam secara mengubah atau tabur terus dengan merendam biji benih selama 24 jam, toskan air dan peram selama 12-18 jam untuk percambahan.

Penyediaan Tapak Semaian

Untuk penanaman mengubah secara manual, biji benih pra cambah perlu disemani di batas semaian. Dalam penanaman mengubah secara mekanikal, biji benih pra cambah disemai di dalam kotak semaian yang sesuai untuk mesin penanam.

Penanaman Di Ladang

  1. Tabur Terus

Biji benih pra cambah ditaburkan dengan menggunakan kaedah menual atau mesin penabur.Keperluan biji benih ialah 60 kg/ha.

  1. Cara Mengubah

 Keperluan biji benih ialah 25 Kg/ha sementara penanaman menggunakan mesin penaman ialah 50 kg/ha. Jarak tanaman ialah 25 cm x 25 cm. Gunakan anak benih yang berumur 25 hari dan ditanam 2-3 pokok /lubang untuk penanaman biasa.

Pengurusan Air

Sistem pengurusan air yang berkesan meliputi membekalkan air daripada sumber air, menngawal paras air di dalam setiap plot dan mengeluarkan air daripada ladang.

Pengurusan Perosak

Pendekatan Pengurusan Perosak Bersepadu melibatkan :

  i. amalan kultara yang baik untuk mengurangkan perebakan perosak.

 ii. penggunaan musuh semula jadi (pemangsa) untuk mengurangkan populasi perosak.

iii. pengawasan yang berterusan untuk mengawal perebakan perosak.