กก

กก

กก

                    KELAPA SAWIT

DESKRIPSI BATANI

    Pokok kelapa sawit ,Elaeis guineensis Jacq.,tergolong dalam subfamili Cocoideae famili Palmae sama seperti pokok kelapa.Pokok kelapa sawit mempunyai sistem akar serabut.Batang pokok adalah tegak dengan ukuran garispusatnya 35 hingga 65cm.Kadar kenaikkan ketinggian adalah 45hingga 70cm setahun dan boleh mencapai ketinggian maksimum 20hingga 30 meter.Batang pokok adalah tunggal tidak bertahan dan mempunyai pelebah-pelebah di hujungnya.Pelebah ini tersusun secara lingkaran dan tiap-tiap pelepah yang matang mempunyai lakis,lai daun dan duri.Setiap dua puluh atau tiga puluh pelepah daun akan terhasil bergantung kepada umur pokok tersebut.Secara purata,pokok kelapa sawit yang matang mempunyai lenih kurang 40 pelepah.

    Pada setiap aksi pelepah daun terdapat satu tunas bunga yang akan membentuk sama ada jambak bunga jantan atau betina.Pokok kelapa sawit adalah bersifat monosius iaitu jambak bunga jantan dan betina adalah berasingan tetapi pada pokok yang sama.

    Jambak bunga jantan mempunyai tangkai denagan spikelet-spikelet atau jejari dengan berukuran 12-20cm panjang.Sebanyak lebih kurang 200 spikelet boleh didapati bagi satu bunga jantan.Pada setiap spikelet terdapat debunga yang berwarna kuning keputihan dan mengorak dari pangkal ke hujung bagi tiap-tiap spikelet.Jambak bunga betina pula mengandungi beberapa buah ribu bunga keluar dari 100-250 spikelet yang berduri dan tersusun secara lingkaran.Buah-buahan akan terbentuk dan matang di antara 5 1/2  hingga 6 bulan selepas pendebungan.Biasanya dalam satu yang dan boleh diperoleh lebih kurang 1500 buah pada pokok-pokok dewasa.Buah kelapa sawit ialah jenis drup dan terdiri daripada badagian luar(eksokarpa) atau kulit nipis,bahagian tengah (mesokarpa) atau purpa dan bahagan dalam (endorkarpa) atau `temurung dan isirong.Minyak kelapa sawit boleh didapati daripada mesekorpa dan isirong.Tempoh  hayat ekonomik pokok kelapa sawit ialah 25 tahun.

Keperluan Agromatik

    Pokok kelapa sawit memerlukan taburan hujan yang sekata sepanjang tahun sebanyak 2000mm dan tidak ada musim kering yang nyata.Putara optimum suhu maksimum adalah 29-330C dan jumlah sinaran matahari yang diperlukan sekurang-kurangnya 5 jam sehari. Pokok kelapa sawit boleh tumbuh di pelbagai jenis tanah dengan pengudaraan dan sistem perparitan yang baik. Kawasan dengan curahan hujan yang kurang baik amat bergantung kepada keupayaan pegagaan air pada tanah.

Pembiakan

    Pembiakan kelapa sawit adalah melalui biji benih. Tiga faktor penting untuk menjamin bercambahan baik iaitu suhu yang tinggi (39-40*c).

Varieti Disyorkan

    Jenis kelapa sawit yang disyorkan untuk penanaman secara komersil adalah Tenera iaitu jenis kacukan antara Dura x Pisifera.

Kegunaan Buah Kelapa Sawit adalah berikut :

  1. Buah kelapa sawit sangaat penting kerana mempunyai banyak kegunaan.

  2. Buah kelapa sawit boleh dijadikan sabun mandi.

  3. Buah kelapa sawit boleh diproses menjadi marjerin untuk disapu pada roti supaya lebih sedap.

  4. Buah kelapa sawit menghasilkan minyak kelapa sawit yang digunakan untuk memasak lauk-pauk.

  5. Buah kelapa sawit boleh diproses untuk dijadikanlilin supaya dapat menerangi rumah seandainya bekalan elektrik terputus.