กก

กก

                  

   

Duku ,langsat,duku-langsat dan dokong adalah hampir serupa dari segi morfologi pokok.Pengenalpastian tanaman ini dapat

dibuat dengan membandingkan ciri-ciri buah dan daun seperti pada jadul di bawah:

VARIETI DISYORKAN

- Duku tempatan

- Langsat tempatan

KEPERLUAN AGROKLIMATIK

    Tanaman Lansium  sesuai hidup di kebanyakkan jenis tanah khasnya tanah loam yang tebal dan kaya dengan kandungan

bahan organik.Julat pH tanah yang sesuai di antara 6.0hingga6.5 dan di kawasan rata dengan kecerunan tidak lebih daripada

18*. Kawasan dengan curahan hujan 2,500-3,000 mm setahun dan suhu 25*C - 30*C diperlukan untuk pertumbuhan yang baik.

AMALAN KULTURA

Pembiakan

    Pada  amnya tanaman jenis Lansium  dibiakkan melalui bijih benih.Biji benih perlu diasingkan daripada arilnya dan dibersih

dengan pasir halus sebelum disemai.Percambahan akan berlaku dalam satu bulan selepas biji benih disemai.Untuk memperoleh

buah hasil yang berkualiti,induk terpilih boleh dibiak secara tampang.Cantunam baji adalah kaedah pembikkan tampang yang

paling sesuai untuk tanaman Lansium  kerana peratus kejayaannya yang tinggi.

Penanaman

    Lubang penanaman berukuran 60*60*60cm perlu disediakan.Tanah atas yang dicampur dengan 10- 15 kg baja organik

 binatang dan 0.5 kg baja fostat hendaklah digunakan sebagai baja asas.Anak benih atau pokok cantuman jenis Lansium  yang

 berumur dua tahun .ditanam dengan jarak 9m*9m dalam sistem penanaman segi empat sama.

Penyelenggaraan Tanaman

    Setelah menanam anak benih,pemberian naungan sementara adalah penting kerana anak benih peka terhadap cahaya

matahari.Pokok Gliricidia atau tanaman pisang boleh digunakan sebagai pelindung pada peringkat awal penanaman.Satu lapisan

sungkupan dibuat pada permukaan tanah di sekeliling anak benih yang baru ditanam untuk mengawal rumpai yang berhampiran

dengannya.Kawalan rumpai boleh dilakukan dengan menggunakan racun herba pracampah atau penanaman kekacang penutup

ubmi dikebun.

Pembajaan

    Pembajaan boleh dilakakan secara tabur atau poket di sekeliling pokok pada hujung kanopi .Pembajaan yang seimbang akan

menjamin pertumbuhan sihat dan memberi penghasilan .tinggi di peringkat kematangan pokok.Jadual pembajaan bagi pokok

duku ,langsat ,duku-langsat dan dokong.