Zat Makanan Daripada Koko

 

Pada hakikatnya tubuh manusia memerlukan zat-zat makanan yang seimbang yang boleh diperolehi daripada berbagai-bagai jenis makanan. Tidak ada makanan yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada ksihatan. Hanya ara pemakanan yang tidak baik seperti pengambilan yang berlebihan dan kurang seimbang serta penjagaan anggota-anggota badan yang tidak sempurna yang akan mendatangkan keburukan.

Unsur-unsur di dalam bahan makanan boleh dibahagikan kepada lima kelas iaitu karbohidrat, lemak, protein, mineral dan vitamin.


 

Karbohidrat

Karbohidrat umumnya menyediakan sumber tenaga yang utama yang diserap segera ke dalam sistem tubuh manusia. Karbohidrat menyumbangkan kira-kira 50% daripada pengambilan tenaga yang diperlukan oleh tubuh manusia. Karbohidrat terdiri daripada gula (gula, glukos, sirap, madu, laktos), kanji (tepung gandum, kanji, kentang, ubikayu dan kanji tulen koko) dan beberapa selulosa, gam dan pektin.

Coklat dan konfeksioneri mengandungi gula sebagai bahan asas yang akan membekalkan keperluan karbohidrat. Selain daripada itu, karbohidrat juga boleh diperolehi daripada selulosa dalam bentuk fiber walaupun dalam jumlah yang kecil yang diperolehi daripada koko dan kekacang yang dicampurkan ke dalam coklat. Oleh yang demikian, 100 gram coklat dapat menyumbangkan 17% daripada keperluan karbohidrat.


Atas

 

Lemak

Lemak menyediakan lebih dua kali ganda nilai kalori yang diperolehi daripada karbohidrat dan menjadi sumber utama lemak tubuh. Sebenarnya lemak penting kepada manusia kerana merupakan tenaga yang tersimpan di dalam tubuh yang diperlukan untuk menjalankan sebarang aktiviti. Secara purata, lemak membekalkan 355 daripada pengambilan tenaga. Lemak juga mengandungi vitamin larut lemak dan asid lemak yang penting kepada penyatuan selaput sel.

Kandunganh lemak di dalam coklat dan konfeksioneri diperolehi daripada lemak koko, lemak susu di dalam coklat susu dan bahan isian lain seperti karamel dan kekacang yang mengandungi lemak sayuran. Coklat seberat 100 gram dapat menyumbangkan 15% daripada keperluan lemak oleh tubuh manusia.


Atas

 

 Protein

Protein umumnya dianggap sebagai bahan pemakanan yang penting dengan lima fungsi berikut:-

Protein mengandungi beberapa zat seperti asid amino. Protein kelas pertama kebanyakannya boleh diperolehi daripada binatang. Sementar protein sayuran pula mengandungi protein kelas kedua dan sedikit protein kelas pertama.

Koko mempunyai kandungan protein yang rendah. Walau bagaimanapun, susu yang terkandung di dalam coklat susu dan karamel merupakan sumber protein binatang yang bernilai. Sementara koko dan kekacang yang menjadi bahan isian coklat merupakan sumber protein sayuran yang terbaik. Oleh yang demikian, coklat seberat 100 gram dapat meyumbangkan 6% daripada keperluan protein oleh tubuh yang dianggarkan 15% daripada pengambilan tenagan.


Atas

 

Vitamin

Walaupun coklat mengandungi jumlah vitamin yang kecil tetapi keperluan vitamin ini boleh diperolehi daripada susu yang merupakan bahan asas coklat susu terutama Vitamin B.

Vitamin mempunyai pelbagai fungsi kepada bahan. Kebanyakan vitamin berfungsi sebagai ko-enzim yang diperlukan bagi memudahkan tindak balas enzim. Vitamin B semuanya penting sebagai ko-enzim. Tiamina adalah penting untuk menukarkan karbohidrat. Riboflavin terlibat dalam pelepasan tenaga daripada glukos. Niasin pula terlibat dalam mempergiatkan beberapa tindak balas katabolik dan biosintetik.


Atas

 

Mineral

Zat mineral yang mengandungi kompaun tidak organik penting kepada pemakanan manusia. Ia berperanan dalam pembentukan struktur tulang dan unsur yang diperlukan dalam tisu organik dan cairan badan seperti hemoglobin darah.

Koko dan coklat mengandungi beberapa mineral seperti kalium (potasium) yang berperanan untuk mempergiatkan tindak balas biologikal dan membantu memelihara tekanan osmotik di dalam sel. Setiap 1 aun coklat susu juga mengandungi 18 mg magnesium yang terlibat dalam pengeluaran tenaga dari sumber tenaga dalam bahan ATP (Adenosin-triphosphate) ke ADP (Adenosin diphosphate) semasa melakukan pergerakan atau aktiviti. Di samping itu, ia juga mengandungi zat besi yang bertindak untuk mengangkut oksigen dan karbon dioksida dalam badan. Fosforus terkandung dalam paras purata 75 miligram pada setiap satu aun susu coklat. Ia berfungsi untuk mengatur pelepasan tenaga dalam bentuk fospat, memudahkan penyerapan dan pengangkutan zat makanan dan membantu mengatur keseimbangan dasar asid di dalam badan.

Sumber: Bernard W. Minifie, 1989, Chocolate, Cocoa And Confectionery 3rd. Ed. California.                 Atas


 

Coklat Makanan Penyelamat

Barangan akhir koko seperti coklat dan minuman koko boleh menyediakan keperluan nilai pemakanan yang seimbang kepada manusia kerana ia mengangdungi zat-zat makanan yang diperlukan oleh tubuh manusia. Kandungan lemak, karbohidrat dan protein di dalam coklat menjadi pembekal tenaga segera yang penting terutama kepada golongan yang aktif seperti kanak-kanak dan gologan remaja. Memandangkan coklat dan minuman pek sedia koko berkhasiat dan mempunyai pembuangkusan yang mudah, maka ia amat sesuai untuk dijadikan bekalan makanan semasa menyertai aktiviti luar seperti rekreasi atau sukan.

Sesiapa yang bercadang untuk mengadakan pengembaraan, ekspedisi pendakian atau aktiviti memancing sepanjang hari semestinya membawa kepingan coklat sebagai bekalan. Semasa Perang Dunia kedua, kerajaan Amerika Syarikat telah mengakui kepentingan coklat untuk meningkatkan semangat pasukan tenteranya. Sehingga hari ini, coklat telah disenarikan sebagai salah satu bahan makanan segera (meal-ready-to-eat) di dalam keperluan makanan harian tentera Amerika Syarikat.

Pada tahun 1993, empat orang rakyat Britain telah terselamat dalam cuaca salji tebal di Russian caucasus dengan berbekalkan tiga kepingan coklat. Pakar-pakar pendaki Scot menasihatkan orang ramai yang ingin membuat pendakian supaya mengambil minuman panas dan makanan yang mengandungi tenaga yang tinggi seperti kepingan coklat atau kek. Para angkasawan yang menjalankan misi ke angkasa lepas sendiri membawa bersama coklat sebagai keperluan bekalan makanan mereka.


Atas