Mengenali Koko

 


 

ASAL USUL KOKO

Sejarah koko bermula sejak 600 tahun sebelum Tuhun Masihi apabila pokok koko mula ditanam di lembah Amozon. Kaum Maya dipercayai mula-mula menanam koko di dunia. Setelah itu koko diperkenaikan kepada kaum Aztec melalui aktiviti perdagangan.

Kegunaan koko mula-mula ditemui oleh masyarakat Maya dan Aztec. Ketika itu biji-biji digunakan sebagai minuman yang dikenali sebagai CACAHOTAL. Koko dianggap sebagai makanan dewata. Selain itu, koko juga digunakan sebagai mata wang dalam sistem pertukaran barang.

Koko mendapat nama saintifiknya Theobroma Cacao daripada kepercayaan kegamaan orang-orang Maya dan Aztec. Theobroma bermakna makanan dewata. Kedua-dua kaum, Maya dan Aztec, mengaitkan koko dengan Ek Chuah, tuhan  perdagangan, sementara Aztec pula mengaitkan dengan Quetzalcoatl, tuhan pencipta dan penyedia pertanian.

Cacao pula berasal daripada perkataan kaum Maya dan Aztec iaitu Cacahoatl. Mereka menganggap koko sangat istimewa. Minuman choclatl hanya disediakan sebagai minuman Maharaja sahaja.


Atas

 

Sejarah Perkembanangan koko

Sejarah perkembangan koko di luar amerika selatan bermula dengan kedatangan pengambara pengembara Eropah seperti Christopher Columbus. Eropah yang pertama menemui koko dan membawanya balik ke eropah.sungguhpun demikian perkembangan koko di eropah hanya bermula apabila Hernando Cortez seorang pengembara sepanyol mendarat di mexico pada tahun 1519

Kedatangan Cortez telah disambut baik oleh orang-orang Aztec.Cortez yang berkulit cerah dan bermisai itu dianggap kaum Aztec sebagai Quetzalcoatl,jelmaan tuhan mereka. 

Cortez dibawa mengadap Maharaja Aztec bernama Montezuma dan dihidangkan dengan minuman chocolatl, minuman istimewa maharaja   itu. Cortez kagum dengan status yang diberikan oleh kaum Aztec terhadap koko lalu membawanya balik bersama-samanya ke Sepanyol pada tahun 1528.

Pada peringkat awal, koko hanya dinikmati oleh orang-orang Sepanyol menyimpan rahsia kegunaan koko daripada diketuhui oleh negara-negara Eropah yang lain selama 100 tahun.

Bagaimanapun, perkahwinan puteri Raja Sepanyol, Puteri Anne dengan Raja Perancis , Louis XIII, pada tahun 1615 telah menyebabkan koko tersebar kepada negara-negara Eropah yang lain. Puteri Anne telah membawa bersame-samanya rahsia membuat minuman daripada koko

Selapas itu koko terus berkembang ke benua-benua lain, antaranya melalui kegiatan penjajahan serta perdagangan yang dijalankan oleh orang-orang Eropah seperti Inggeris, Sepanyol dan Perancis. Dengan terciptanya mesin-mesin pengisar dan pembuat coklat serta penemuan cara-cara pembuatan coklat yang baru, coklat juga turut berkembang di seluruh Eropah hingga ke Amerika Syarikat.


Atas

 

Aspek-aspek Koko

Koko ialah sejenis tanaman yang anih dan unik. Tanaman koko sangat dipengaruhi oleh keadaan cuaca. Pokoknya memerlukan suhu optimum antara 18C hingga 32C bagi pertumbuhan yang baik.

Pokok koko juga sentiasa memerlukan hujan. Taburan hujan yang diperlukan adalah antara 1,500 hingga 2,000 milimeter setahun. Bagaimanapun, hujan yang berlebihan pula akan mendedahkan tanaman koko kepada ancaman penyakit seperti mati rosot jejalur dan buah hitam.

Di samping itu, pokoko koko memerlukan jangka masa sinaran matahari antara 5 hingga 6 jam sehari. Keadaan kemarau yang  panjang, yang melebihi 3 bulan pula boleh mengurangkan hasil.

Oleh itu, kebanyakan kawasan tanaman koko didapati hanya tertumpu di kawasan garis lintang antara 10` Selatan dan 10` Utara dari garisan Khatulistiwa. Negara-negara pengeluar koko utama di dunia seperti Cote d`lvoire, Ghana, Nigeria, Indonesia, Brazil termasuklah Malaysia, terletak dalam lingkungan kawasan tersebut.


Atas

 

Pokok Koko

Pokok koko ditanam daripada anak benih yang diperolehi daripada biji buah yang masak. Semaian biji benih mengambil masa 3 hingga 4 hari untuk bercambah. Anak benih tersebut akan dibiakkan  di tapak semaian selama 4 hingga 6 bulan sebelum dialih ke lading. Pokok-pokok koko akan mula menghasilkan buah apabila mencapai umur 2 hingga 3 tahun. Sepohon pokok koko boleh mencapai ketinggian 7 hingga 10 meter. Jangka hayat pokok koko ialah antara 25 hingga 30 tahun.

Pokok koko mempunyai batang utama dan dahan-dahan berbentuk kipas. Bunga terdapat di batang utama dan dahan kipas. Kudup bunga berwarna hijau-ungu. Bunga yang kembang berwarna keputihan.

Pendebungaan dilakukan oleh serangga pendebunga yang kebanyakannya terdiri daripada jenis agas. Bunga yang telah melalui proses pensenyawaan akhirnya akan menjadi buah.

Buah akan masak dalam tempoh 5 hingga 6 bulan selepas proses persenyawaan. Sekiranya pendebungaan tidak berlaku dalam masa sehari bunga kembang, maka bunga berkenaan akan gugur.

Koko boleh ditanam sebagai tanaman tunggal atau tanaman campuran bersama-sama tanaman lain seperti kelapa, kelapa sawit dan buah-buahan seperti durian. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk mempelbagaikan tanaman sebagai usaha meningkatkan pendapatan. Koko merupakan salah satu tanaman pertanian yang utama selepas kelapa sawit dan getah di Malaysia.


Atas

 

Penanaman Koko

Koko boleh ditanam menggunakan dua jenis bahan tanaman iaitu klon dan hybrid (biji benih). Pokok hybrid merupakan pokok yang ditanaman melalui biji benih, sementara pokok klon diperolehi hasil cantuman mata tunas atau keratan batang yang muda.

Kesemua atau sebahagian besar ciri-ciri berikut dimiliki oleh bahan-bahan tanaman yanb baik:-

  • Hasil yang tinggi.

  • Biji yang bermutu seperti purata berat kering di antara 1.1 hingga 1.2 gram sebiji, gempal dan seragam serta kandungan kulit yang rendah iaitu kurang daripada 13%.

  • Kandungan lemak dalam biji melebihi 50`

  • Mempunyai daya tahan terhadap serangan penyakit dan perosak utama.


Atas

 

Penjagaan Koko

Pokok-pokok koko memerlukan beberapa aktiviti pengjagaan yang sistematik untuk memastikan hasil yang tinggi. Antaranya ialah penanaman pokok pelindung, kawalan rumpai, pemangkasan, pembajaan, kawalan penyakit dan perosak dan penuaian.

Pokok Pelindung: Pokok koko merupakan sejenis tanaman yang memerlukan naungan atau pelindung. Pada peringkat awal, anak-anak pokok koko memerlukan antara 70% hingga 80% pelindung sementara. Pada peringkat dewasa pula, pokok-pokok koko memerlukan antara 30% hingga 40% pelindungi kekal. Keperluan ini membolehkan koko ditanam bersama-sama tanaman lain yang turut memberi nilai ekonomi seperti pokok kelapa atau pokok buah-buahan.

Bagi tanaman koko tunggal, pokok gliricidia biasanya digunakan sebagai pelindungi. Walau bagaimanapun, pokok-pokok pelindung ini tidak diperlukan bagi kawasan yang mempunyai taburan hujan yang cukup dan seragam serta kawasan yang bebas daripada tiupan angin-kencang.

Kawalan Rumpai:

Kawalan rumpai perlu dilakukan mengikut keperluan untuk memastikan kesuburan pokok-pokok koko. Kawalan rumpai ini biasanya dilakukan dengan menebas atau menggnakan racun rumpai.

Pemangkasan

Koko merupakan tanaman yang memerlukan kerja-kerja pemangkasan yang bertujuan untuk:

  • Mengewal ketinggian pokok supaya tidak melebihi 3-4 meter;

  • Membentuk strukur pokok yang sesuai;

  • Membuang struktru pokok yang sesuai;

  • Membuang dahan-dahan yang diserang penyakit dan makhluk perosak;

  • Meningkatkan hasil;

  • Membuang dahan-dahan bersilang di antara pokok-pokok.

Pemangkasan bagi membentuk kanopi pokok menjadi bentuk paying akan memberi luas daun yang maksima bagi proses fotosintesis. Ini akan menggalakkan pengeluaran buah yang lebih banyak. Pemangkasan juga akan memudahkan kerja-kerja penuaian buah dan penjagaan pokok semasa kerja-kerja kawalan makhluk perosak dan penyakit dilakukan.

Pembajaan

Pembajaan ialah amalan pertanian yang penting. Pembajaann perlu bagi membekalkan nutrien yang mencukupi bagi pertumbuhan dan kesuburan pokok. Pembajaan akan meningkatkan keupayaan pokok untuk mengeluarkan hasil yang banyak. Pembajaan adalah penting untuk membekalkan kadar nutrien yang mencukupi, bukan sahaja untuk keperluan tanaman tetapi juga untuk mengekalkan kesuburan tanah.

Kawanlan Penyakit dan Perosak

Seperti tanaman lain, koko juga menghadapi masalah penyakit dan ancaman makhluk perosak. Pokok koko boleh diserang oleh berbagai-bagai penyakit dan makhluk perosak yang menyerang daun, batang, dahan dan akar. Serangga dan mamalia adalah perosak utama. Kulat pula adalah agen utama yang menyebabkan penyakit. Oleh itu lading koko perlu sentiasa dijaga. Penyakit dan perosak boleh dikawal dengan berbagai-bagai cara seperti menggunakan bahan tanaman yang tahan kepada serangan penyakit atau perosak, menggunakan kawalan biologi atau menggunakan racun kimia. Di samping itu, amalan kebersihan lading seperti memusnahkan punca jangkitan dan pemangkasan dahan yang kerap hendaklah sentiasa dijalankan.

Penuaian

Penuaian merupakan aktiviti yang dijalankan untuk memetik buah masak daripada pokok. Biasanya buah dipetik dengan menggunakan alat pemotong yang tajam seperti gunting pokok, sabit atau parang. Musim menuai koko bermula pada musim buah banyak. Terdapat dua musim penuaian iaitu musim pertama atau musim pertengahan dan musim kedua atau musim utama. Musim pertama merupakan penuaian yang dijalankan pada pertengahan tahun, sementara musim kedua ialah penuaian pada hujang tahun. Di Malaysia, musim pertama adalah pada bulan April hingga Mei. Musim Kedua adalah dari bulan September hingga November. Musim kedua merupakan musim utama buah memuncak, yang berupaya mengeluarkan lebih 50% daripada jumlah pengeluaran dalam setahun.


Atas

 

Buah koko

Mutu biji koko boleh dikawal pada peringkat awal dengan memetik hanya buah yang masak sahaja.

Buah yang belum masak buasanya berwarna j\hijau atau ungu kemerahan pada keseluruhan kulit buah. Buah ini masih belum sesuai dipetik kerana selepas diproses bijinya akan menjadi leper.

Semua jenis buah koko samada berwarna hijau atau merah atau ungu akan berwarna kekuning-keningan di bahagian luar kulitnya ketika masak

Buah koko yang keseluruhannya berwarna kuning menunjukkan buah tersebut sudah terlalu masak. Buah-buah koko tidak digalakkan dibiarkan sehingga terlalu masak kerana ada biji-biji koko yang akan bercambah.


Atas

 

Cara Memetik Buah Koko

Bunga yang akhirnya membesar menjadi buah koko berputik daripada tampok pada batang dan dahan yang dikenali sebagai tapak bunga.Kerja-karja memetik perlu dilakukan dengan menggunakan gunting, sabit atau alat-alat tajam yang sesuai supaya tapak bunga tidak rosak


Atas

 

Cara Membelah Buah Koko

Buah koko debelah untuk mengeluarkan biji-biji koko yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Sebiji buah koko mengandungi 30 hingga 50biji koko yang tersusun rapi di sekeliling plasenta. Biji-biji koko itu diselaputi lapisan lendir pulpa yang berwarna putih.

Buah-buah koko mestilah dibelah mengikut cara yang betul supaya biji-biji koko tidak rosak. Oleh itu penggunaan alat-alat tajam tidak digalakkan.


Atas