Masa :

Binaan Bangunan

|| Pengenalan | Objektif | Syarat| Intipati||

PENGENALAN


Pelajar didedahkan secara teori dan amali kepada aspek keselamatan kegunaan pelbagai alat tangan,alat berkuasa mudah alih,bahan binaan,cara penggunaan barang logam,kelengkapan,jenis ikatan,tanggam dan kegunaannya,asas bangunan,pembinanan pintu,jenis kekemasan,kerja rekabentuk konkrit,merancang tanda,pembinaan lantai,dinding,gerbang,bumbung,siling anggaran kos,kaedah binaan bangunan dan kegunaan jentera berat dalam pembinaan.Pelajar juga didedahkan dengan lukisan geometri dan binaan bangunan.

OBJEKTIF


Kursus Binaan Bangunan ialah untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dalam teknologi Bangunan,Lukisan Teknik dan kemahiran asas dalam kerja-kerja binaan dan pembinaan perabot. Apabila berjaya menamatkan kursus,diharapkan pelajar akan memperolehi asas-asas kemahiran dalam bidang pembinaan dan pembuat perabot serta dapat mengamalkan etika kerja dan berkebolehan untuk berdikari.


SYARAT KEMASUKAN


Syarat PMR (Pencapaian Minima) untuk masuk kursus Binaan Bangunan

A. Bahasa Melayu -D
B. Sains -D
C. Matematik -D
D. Kemahiran Hidup -D
E. Lain-lain -D


INTIPATI KURSUS

Pelajar didedahkan secara teori dan amali kepada aspek keselamatan,kegunaan pelbagai alatan tangan, mesin dan mesin mudah alih,bahan binaan,cara penggunaan barang logam dan kelengkapan ,jenis-jenis ikatan bata,tanggam dan
 
kegunaannya,asas bangunan,pembinaan pintu dan tingkap,jenis-jenis kemasan untuk lantai dan tembok,acuan konkrit,merancang tanda tapak,pembinaan lantai dan dinding,pembinaan gerbang,peranca,bumbung, siling,anggaran kos bahan,kaedah binaan tangga,kemudahan bangunan dan kegunaan jentera berat dalam pembinaan. Pelajar juga didedahkan dengan lukisan geometri dan binaan bangunan.


 

|| Ke Atas ||